pahangdaily pahangdaily Author
Title: PRK: Pakatan Harapan Sepatutnya, Tidak Tanding
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM: PAS bersetuju dengan cadangan banyak pihak yang mahukan dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Be...

SHAH ALAM: PAS bersetuju dengan cadangan banyak pihak yang mahukan dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar nanti menyaksikan hanya satu lawan satu.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, demi merealisasikan impian itu, Pakatan Harapan tidak perlu menghantar calon dalam dua PRK tersebut.

"Pas setuju satu lawan satu (tapi) Pakatan Harapan tak perlu masuk bertanding.

"Nak serah kerusi Pas kepada Amanah, tak mungkin. Kalau DAP Sarawak pun tak boleh kompromi dengan PKR masa PRN lalu, tak mungkin nak bagi kerusi kami," katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.‎

Terdahulu Presiden Amanah, Mohamad Sabu membayangkan Pakatan Harapan bakal bertanding di dua kerusi Parlimen dalam PRK 18 Jun depan sambil menegaskan parti itu bersedia berdepan pertandingan tiga penjuru atau lebih sekiranya parti selain BN memutuskan untuk bertanding di kerusi berkenaan.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim sempat mengingatkan pakatan pembangkang, kerusi di dua Parlimen itu secara tradisinya memang milik parti Islam itu.

"Saya harap blok pembangkang sedar kerusi yang dipunyai oleh Pas, mereka tidak perlu ganggu dan perlu sokong demi negara dan rakyat," katanya.

Bekas calon Pas, Mohamed Salleh M Husin hanya tewas majoriti 399 undi kepada calon BN, Allahyarham Datuk Noriah Kasnon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Manakala calon BN ketika itu, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad memperoleh 14,218 undi di kerusi Kuala Kangsar dengan majoriti 1,082 dalam pertandingan tiga penjuru dengan Pas dan calon bebas.

Calon Pas, Khalil Idham Lim Abdullah memperoleh 13,136 undi manakala calon Bebas, Kamilia Ibrahim memperoleh 447 undi. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top