pahangdaily pahangdaily Author
Title: PRK: Parti Pembangkang Lain Di Minta Berundur !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: PAS mahu bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar dan menggesa blok pembangkang lain supaya...

PETALING JAYA: PAS mahu bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar dan menggesa blok pembangkang lain supaya berundur.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mereka tidak mahu berperang antara satu sama lain kerana ia adalah satu tindakan tidak produktif kepada matlamat bersama mereka untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN).

"Pilihan raya bukan tempat untuk mempamerkan kekuatan," katanya.

Sambil menegaskan bahawa kedua-dua kerusi itu secara tradisinya ditandingi oleh PAS, Tuan Ibrahim berkata, perjuangan pelbagai penjuru hanya akan menyebabkan perpecahan undi dan akhirnya memihak kepada BN.

"Tindakan parti-parti pembangkang lain untuk meletakkan calon mereka itu boleh ditafsirkan sebagai usaha untuk menyelamatkan BN," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Khalid Samad supaya calon Pakatan Harapan berdepan PAS dan BN di kerusi Parlimen di Selangor dan Perak itu.

Kedua-dua kerusi itu kosong berikutan kematian Ahli Parlimen Sungai Besar Datuk Noriah Kasnon dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei lalu.

Tuan Ibrahim berkata fokus blok pembangkang perlulah bertujuan untuk menjatuhkan BN.

"Jika parti pembangkang lain benar-benar mahu melihat BN dikalahkan, mereka tidak perlu mengambil jalan keluar dengan menjadi perosak undi," katanya.

Tuan Ibrahim juga membidas mereka yang membuat dakwaan tidak berasas bahawa PAS akan bersatu dengan Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, yang keluar PAS untuk menyertai PKR bersetuju bahawa pakatan pembangkang harus membiarkan parti Islam itu bertanding satu lawan satu di kedua-dua kerusi. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top