pahangdaily pahangdaily Author
Title: Ratu Naga Junjung Quran, Nafi Dakwaan Beli Data
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Pemilik Akaun Ratu Naga atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah hari ini bersumpah di hadapan al-Quran bahawa beli...
KUALA LUMPUR: Pemilik Akaun Ratu Naga atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah hari ini bersumpah di hadapan al-Quran bahawa beliau tidak mengenali Azharuddin Othman @Abdullah.
Azharuddin semalam mendakwa Ema terlibat dalam pembelian 900,000 nama dari pangkalan data penduduk Malaysia bagi mencukupkan 1.2 juta tandatangan Deklarasi Rakyat.
Ema berkata, beliau tidak mengenali dan tidak pernah berkomunikasi dengan Azharuddin seperti yang didakwa pengatur cara komputer bebas itu dalam sidang medianya semalam.
Justeru beliau bersumpah bagi membersihkan namanya.
“Wallahi, Wabillahi, Watallahi.
“Saya Syarul Ema Rena binti Abu Samah buat sumpah ini di hari Jumaat yang suci bahawa saya tidak pernah mengenali atau bercakap atau berhubung dengan Azharuddin Othman @ Abdullah kad pengenalan 861022465285.
“Jika saya menipu, maka saya akan dilaknat,” lafaznya sambil menjunjung al-Quran dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top