pahangdaily pahangdaily Author
Title: Sarawak, BN Berjaya Meraih Majoriti Dua Pertiga !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: BN telah meraih majoriti dua pertiga bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 hari ini. Berdasarkan keputusan rasmi...
PETALING JAYA: BN telah meraih majoriti dua pertiga bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 hari ini.
Berdasarkan keputusan rasmi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN telah memenangi 72 kerusi daripada keseluruhan 82 kerusi yang dipertandingkan.
Ia sekaligus melebihi sasaran yang ditetapkan gabungan itu sebanyak 70 kerusi.
Manakala DAP pula memenangi tujuh kerusi dan PKR sekadar berjaya menawan tiga daripada 40 kerusi yang ditandinginya.
PAS pula masih gagal meraih sebarang kemenangan, meskipun menurunkan 11 calon pada PRN kali ini.
Seramai 1,085,087 pemilih berdaftar layak mengundi bagi memilih wakil rakyat mereka di 80 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN kali ini. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top