pahangdaily pahangdaily Author
Title: Seramai "253 Orang Asli" Masuk Islam Di Pahang
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Sejumlah 253 Orang Asli di Pahang memeluk agama Islam dan berdaftar dengan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Mui...

KUANTAN: Sejumlah 253 Orang Asli di Pahang memeluk agama Islam dan berdaftar dengan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) bagi tahun 2015.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, statistik juga menunjukkan sehingga Februari lalu, sejumlah 65 orang masyarakat Orang Asli memeluk Islam.

"Mereka (Orang Asli) ini yang datang berjumpa kita dan meminta kita untuk mengajar mereka mengenai agama Islam. Apabila mereka menyatakan hasrat memeluk Islam, kita akan bertanya untuk kepastian kerana tidak mahu mereka memeluk Islam atas alasan lain," katanya.

Syed Ibrahim berkata demikian pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini bagi menjawab soalan Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff (BN-Bebar) berhubung jumlah Orang Asli yang memeluk Islam.

Beliau juga bersetuju dengan Mohammad Fakhruddin agar penyelenggaraan konsisten dilakukan ke atas kemudahan infrastruktur seperti surau di kawasan Orang Asli, selain pendaftaran mualaf lebih sistematik dilakukan bagi mengelakkan masalah berbangkit. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top