[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Serpihan 'Helikopter Hilang' Sudah Pun Di Temui !


KUCHING: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui serpihan helikopter yang dipercayai dinaiki Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan lima yang lain.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pasukan SAR menemui serpihan-serpihan berkenaan kira-kira pukul 9.50 pagi Jumaat.
"Maklumat yang telah diterima pada 9.50 pagi ini, pasukan SAR menjumpai serpihan-serpihan helikopter yang dipercayai dari pesawat AS350 berkenaan

"Serpihan tersebut termasuk floatation device, kerusi dan pintu dan sebahagian dinding pesawat.
"Pasukan SAR akan meneruskan operasi sehingga main body helikopter dijumpai," katanya pada sidang media khas di bangunan DCA, di sini pada Jumaat.
Tambah beliau lokasi serpihan itu ditemui adalah bersebelahan Sungai Batang Lupar.
Ditanya mengenai nasib penumpang dan juruterbang helikopter itu, Najib berkata: "Kita masih belum buat apa-apa kesimpulan pada masa ini. Cuma kita terima hakikat bahawa serpihan telah dijumpai.
"Belum ada apa-apa yang dapat kita kesan daripada penumpang yang terlibat."

Pada sidang media yang sama Najib turut mengesahkan senarai enam penumpang termasuk juruterbang pesawat jenis Eurocopter AS350 itu.
Selain Noriah, turut berada dalam pesawat itu ialah suaminya, Asmuni Abdullah.
Turut sama ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad.
Tiga yang lain ialah Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi kepada Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang RP-C 6828 Kapten Rudolf Rex Ragas.
Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong pada pukul 4.12 petang Khamis dalam penerbangan ke Kuching sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan dan hilang 20 minit kemudian. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]