SPAD Akan Siasat, Kes Dua Tren KTMB Bergesel !

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menyiasat kemalangan membabitkan dua tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Kuala Kubu Bharu, hari ini.
SPAD berkata, tindakan sewajarnya akan diambil selepas siasatan selesai dan ketika ini KTMB sedang berusaha membuka semula landasan pada kadar segera.
“Pengumuman pembukaan semula akan dibuat oleh pihak KTMB. Untuk maklumat lanjut mengenai pembukaan perkhidmatan, para pengguna dinasihat merujuk kepada www.ktmb.com.my atau menghubungi talian KTMB di 03-2267 1200,” katanya dalam satu kenyataan.
Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalananthan menerusi Facebooknya memaklumkan, 13 penumpang yang cedera ringan telah dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu.
Seramai 12 daripadanya telah dibenarkan pulang, manakala seorang lagi mangsa yang cedera ringan dimasukkan ke wad biasa untuk menjalani pemeriksaan lanjut.
Sebuah tren Ekspres Rakyat dalam perjalanan dari Butterworth ke Johor Bahru dan sebuah kereta api Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur ke Ipoh bergesel di KM322 di Kuala Kubu Bharu, pada jam 1.45 tengah hari tadi.
Semua penumpang yang selamat telah dipindahkan KTMB melalui bas perantara yang disediakan untuk meneruskan perjalanan mereka. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]