pahangdaily pahangdaily Author
Title: Sultan Ingatkan Kerajaan Utamakan Alam Sekitar !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah mengingatkan kerajaan negeri supaya memberikan keutamaan kepada soal pemuliharaan alam...

KUANTAN: Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah mengingatkan kerajaan negeri supaya memberikan keutamaan kepada soal pemuliharaan alam sekitar ketika melaksanakan rancangan pembangunan di semua bidang.

Sultan Ahmad Shah bertitah, kesan terhadap alam sekitar mesti diambil kira sama ada di kawasan tanah tinggi, punca air, sungai, tasik mahupun pulau, untuk memastikan ia dapat diwarisi sehingga ke generasi akan datang.


"Ini (pemuliharaan alam) perlu kerana negeri dan isi kandungannya akan diwarisi generasi akan datang. Kita wajib meninggalkan satu warisan yang berterusan dan berkekalan kepada mereka," titah baginda.


Sultan Ahmad Shah bertitah demikian ketika menyempurnakan pembukaan sidang Dun Pahang, penggal keempat kali ke-13 di Dewan Perundangan Negeri, Wisma Seri Pahang di sini, hari ini.


Turut berangkat, Sultanah Pahang Sultanah Kalsom Abdullah.


Menurut baginda, keadaan alam sekitar yang baik dan sempurna serta dikawal rapi, boleh menggalakkan kegiatan pelancongan di negeri ini, sekali gus membantu mewujudkan kegiatan ekonomi yang baik untuk negeri.


Pada masa sama, baginda turut meminta kerajaan negeri mempercepatkan langkah mewartakan tanah rizab Orang Asli selain berusaha mewujudkan peluang ekonomi untuk masyarakat tersebut.


"Orang Asli tidak lagi boleh mengamalkan kehidupan seperti dahulu, bahkan mereka mesti menyesuaikan diri dengan peredaran masa. Kerajaan beta tidak akan mengabaikan kepentingan Orang  Asli," titah baginda.


Selain itu, Sultan Ahmad Shah turut bersimpati dengan sebilangan besar rakyat di negeri ini yang dihimpit kos sara hidup yang tinggi dengan harga barangan dan perkhidmatan yang semakin meningkat berkali ganda berikutan ketidaktentuan ekonomi dunia.


Justeru baginda menitahkan kerajaan negeri supaya memberikan perhatian dan mencari jalan membantu golongan itu serta pelajar kurang berkemampuan, golongan miskin dan mereka yang menghidapi penyakit kronik, seperti yang telah dilakukan sebelum ini. #sumber

Advertisement

 
Top