pahangdaily pahangdaily Author
Title: Sungai Pahang & Sungai Tembeling Masih Cetek !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
JERANTUT : Paras air sungai Pahang dan Sungai Tembeling berdekatan Kuala Tahan, di sini, masih kekal cetek biarpun terdapat hujan . Ke...

JERANTUT: Paras air sungai Pahang dan Sungai Tembeling berdekatan Kuala Tahan, di sini, masih kekal cetek biarpun terdapat hujan .

Keadaan Sunga Tembeling dianggarkan surut hampir tiga meter sejak dua bulan lalu berikutan fenomena El Nino dan gelombang haba melanda daerah ini.

Malah, air sungai yang sangat cetek menyebabkan banyak kawasan berpasir dan berbatu hingga menyukarkan pergerakan bot pelancong dan penambang beroperasi sekali gus memberi risiko bahaya kepada mereka.

Pengusaha bot penambang, Jefri Ahmad Shahbudin, 27, berkata, musim panas kali ini menyebabkan banyak bot tidak beroperasi kerana kekurangan penumpang terutama pengunjung tempatan.

"Ini pengalaman pertama saya... sungai cetek menyebabkan alur sungai kerap berubah dan membahayakan bot ke hulu yang perlu menempuh tujuh jeram. Bila keadaan macam ni, kita bimbang terlanggar batu yang boleh menyebabkan kecelakaan.

"Alur sungai di kawasan jeram juga makin sempit dan kita perlu lebih hati-hati. Malah, kita juga perlu menyelam dan alihkan batu di kawasan alur serta dasar sungai untuk memudahkan laluan bot," katanya.

Menurutnya, terdapat pengusaha bot yang sanggup menghentikan operasi kerana tidak mahu menanggung risiko memandangkan keadaan sungai cetek boleh membahayakan penumpang dan pemandu bot.

Pemandu bot pelancong, Zainurin Sulaiman, 49, berkata, tempoh perjalanan bot ke sesuatu lokasi menjadi lebih panjang disebabkan sungai cetek.

"Contohnya kalau nak ke Kampung Pagi menggunakan bot selalunya ambil masa kira-kira 45 minit. Tapi dalam keadaan sekarang ambil masa dekat dua jam.

"Apa tidaknya, kita perlu lebih berhati-hati ketika melalui alur sungai yang sempit di kawasan berjeram dan berbatu sebab bimbang kipas bot atau enjin pecah terkena batu," katanya.

Difahamkan, kehadiran pelancong tempatan turut berkurangan walaupun di hujung minggu berikutan fenomena ini.  

Tinjauan ke Taman Negara mendapati, restoran terapung yang popular dalam kalangan pelancong luar dan tempatan masih terdampar atas pasir dan batu disebabkan paras sungai yang surut. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Wednesday, May 04, 2016 10:10:00 AM

Minta ada pilihan raya kecil la di mana-mana pun kat Pahang tu sebabnya bila ada PRK semua yang mustahil dapat akan ditunaikan lihat saja apa bantuan yang dicurahkan di Serawak padal negeri PM sendiri rakyat Pahang bertungkus lumus mengali perigi untuk mendapatkan sedikit air bersih iatulah hakikat kerjaan yang memerintah hari ini semua kemudahan asas rakyat hanya akan ditunaikan semasa PRU atau PTK saja selain dari itu cukailah yang akan dikenakan bukannya kebajikan rakyat dipedulikan.Syabas rakyat malaysia yang memilih kerajaan yang tidak tahu bersyukur denga kemewahan negara.

Pencolekhangek said... Wednesday, May 04, 2016 2:01:00 PM

Bila ada wakil rakyat mati dan PRK diadakan tidak mustahil akan ada calun dan penyokong akan menjanjikan air sungai akan disalirkan dengan banyak ataupun ada pihak tertentu akan berjanji akan membuat sebatang sungai yang baru dan berbondong-bondonglah pengundi bodoh mengundi calun itu untuk ditipu selama 5 tahun lagi.

Anoynimous said... Wednesday, May 04, 2016 7:47:00 PM

Banyak daerah yg kering kat pahang tu
Hehe doa bagi mati kat semua daerah yg kering baru ada prk dan bantuan ??
Hadoiii bila sampai gitu sekali pemikiran rakyat maknanya rakyat melihat bantuan hanya utk memenangi pilihanraya
Kikiki

 
Top