pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tanah "Bekas Lombong Bauksit" Bukit Goh Subur
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN:   Tanah ladang kelapa sawit yang diusahakan sebagai lombong bauksit masih lagi boleh digunakan bagi tujuan penanaman sawit dan ...

KUANTAN:  Tanah ladang kelapa sawit yang diusahakan sebagai lombong bauksit masih lagi boleh digunakan bagi tujuan penanaman sawit dan pelbagai jenis tanaman kontan lain.

Perkara itu dibuktikan dua peneroka iaitu Surin Deris, 68, dan Rahmat Latip, 54,  yang sebelum ini pernah memajakkan tanahnya bagi mengeluarkan bahan mineral tersebut.

Tanaman yang diusahakan mereka seperti sawit, keledek, pisang, ubi kayu, serai, terung dan pelbagai jenis tumbuhan lain cukup subur meskipun tanah di kawasan itu digunakan untuk aktiviti perlombongan.

Surin ketika ditemui memberitahu, dia memulakan penanaman sawit sejak lima bulan lalu selepas kerja perlombongan bauksit di tanah seluar 1.8 hektar miliknya selesai.

Menurutnya, selepas kerja penambunan tanah dilakukan pengusaha pada penghujung Oktober tahun lalu, kerja-kerja penanaman sawit dan pelbagai jenis pokok lain mula diusahakannya.

“Saya tahu ramai kata tanah yang telah dilombong tak boleh digunakan lagi tetapi saya ambil risiko tanam sawit sebagai percubaan.

“Bila sudah lima bulan sawit ditanam, saya lihat pokok ini boleh hidup dengan baik, tapi saya kena tunggu tiga hingga empat tahun bagi mendapatkan hasil.

“Kalau hasil sawit baik, Insya-ALLAH saya akan teruskan penanaman sawit di atas tanah saya ini,” katanya ketika ditemui di ladang sawit miliknya di RTP Bukit Goh, di sini, semalam.

Surin yakin tanah tersebut masih boleh diusahakan, tetapi kawasan yang lombong itu perlu ditutup semula dengan tanah asal bagi membolehkan tanah dipulihkan.

Selain sawit, Surin juga menanam pisang siam, nangka lemak manis, keledek, serai, ubi kayu di tanah berkenaan.

Seorang lagi peneroka, Rahmat  memaklumkan, dia memulakan penanaman kontan ini sejak Januari lalu dan mendapati pokok pisang dan pelbagai jenis sayuran seperti terung,  ubi, keledek, sawi dan sebagainya hidup segar.

“Saya terkejut bila tengok tanaman ini hidup dengan baik dan ini membuktikan tanah lombong masih lagi boleh digunakan.

"Sekarang saya hanya tunggu masa tuai, hasil tanaman,” katanya.

Tambahnya, perkara paling utama perlu dilakukan adalah menambun semula tanah asal bagi menutup kawasan yang di lombong.

Katanya, kalau tidak ditutup kawasan lombong itu ,kerja penanaman pokok tidak dapat dilakukan kerana tanah di kawasan lombong amat keras.

Rahmat turut berharap kerajaan negeri dapat menyalurkan bantuan dan idea bagi membolehkan tanaman yang diusahakan terus berkembang. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top