pahangdaily pahangdaily Author
Title: Timbalan Menter,i Antara Hilang Dalam Helikopter
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUCHING:  Enam individu termasuk seorang timbalan menteri dan Ahli Parlimen dipercayai berada dalam helikopter yang dilaporkan hilang ...

KUCHING: Enam individu termasuk seorang timbalan menteri dan Ahli Parlimen dipercayai berada dalam helikopter yang dilaporkan hilang di Sarawak.
Mereka yang dikatakan berada dalam helikopter itu ialah Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya, Asmuni Abdullah.
Turut sama ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad.

Tiga yang lain ialah Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi kepada Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang RP-C 6828 Kapten Rudolf Rex Ragas.
Sebelum ini Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharudin Abdul Rahman ketika dihubungi mStar Online berkata, helikopter berkenaan bertolak dari Betong ke Kuching pada 4.15 petang Khamis. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top