pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tony Phua: DAP Mahu Terus Bersama Dr Mahathir
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: DAP tidak akan mengorbankan peluang meluaskan pengaruh politiknya dalam kalangan penyokong BN, hanya kerana kerjasama deng...

KUALA LUMPUR: DAP tidak akan mengorbankan peluang meluaskan pengaruh politiknya dalam kalangan penyokong BN, hanya kerana kerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa membahayakan pembangkang.

Setiausaha Publisitinya, Tony Pua menegaskan, kebimbangan Anwar itu tidak semestinya berasas sekiranya peluang pembangkang untuk meluaskan pengaruhnya lebih besar daripada risikonya.

“Walaupun ia tidak sedap didengar, namun adakah ia salah? Bila kita perlu berkembang dan masuk ke pasaran BN, perkara ini bukan sesuatu yang buruk.

“Kita (DAP) akan terus kerjasama dengan Tun M,” katanya kepada pemberita, di lobi Parlimen, semalam.

Tony berkata, kebimbangan itu adalah reaksi normal kerana ramai yang mencurigai usaha negarawan itu untuk mereformasi institusi negara dan kepimpinan perdana menteri.

“(Keadaan) itu sama seperti Anwar ketika menyertai pembangkang beberapa tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, tanpa kerjasama Mahathir, pembangkang tidak berpeluang untuk berhubung dengan orang-orang penting dalam BN. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top