[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Video Warden Di Dakwa Pijak Pelajar Menjadi Viral

PETALING JAYA: Sebuah video yang memaparkan seorang lelaki dewasa memijak seorang remaja mulai ‘viral’ dan mengundang cemuhan ramai pihak.
Video itu dimuat naik Pengerusi MyWatch, Datuk R Sri Sanjeevan ke laman Facebooknya tanpa menamakan sumbernya.
Video tersebut memaparkan seorang lelaki dewasa berkopiah yang didakwa merupakan warden sebuah sekolah asrama vokasional di Selangor memijak seorang remaja lelaki yang dipercayai pelajar tingkatan empat kerana ditangkap hendak menghisap rokok di tangga.
“Tindakan warden tersebut menghenyak-henyak pelajar tersebut berulang kali merupakan suatu tindakan yang kurang bijak kerana dilihat berlebihan dalam melampiaskan kemarahan,” tulis Sanjeevan dalam catatan di laman sosialnya.
Menurut catatan itu, lelaki dewasa tersebut terpaksa ditenangkan pelajar lain yang meminta warden terbabit beristighfar kerana tindakannya keterlaluan.
Menurut MyWatch, ketika kejadian, mangsa belum sempat menyalakan rokoknya.
“MyWatch menyokong tindakan tatatertib dikenakan ke atas pelajar terbabit atas kesalahannya tetapi apa perlunya warden tersebut mengambil tindakan keterlaluan begini,” tegas Sanjeevan.
Sanjeevan berkata, tindakan lelaki dewasa itu akan ditanggung pihak sekolah sekiranya pelajar tersebut mengalami kecederaan.
Rata-rata netizen berang dengan tindakan lelaki terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Dr Abdul Aziz Awang Darus ketika dihubungi berkata, kertas siasatan berhubung rakaman video itu telah dibuka.
Bagaimanapun, seorang kakitangan sekolah asrama vokasional terbabit mendakwa tidak tahu mengenai kejadian itu sehinggalah dihubungi wartawan. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]