pahangdaily pahangdaily Author
Title: 18 Tangkapan Oleh SPRM Pahang Setakat 31 Mei
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
TEMERLOH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang membuat 18 tangkapan membabitkan pelbagai kesalahan rasuah di negeri itu...

TEMERLOH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang membuat 18 tangkapan membabitkan pelbagai kesalahan rasuah di negeri itu bagi tempoh Januari hingga semalam.

Pengarah SPRM Pahang Datuk Wan Ramli Wan Abdullah berkata jumlah berkenaan menunjukkan peningkatan ketara berbanding hanya 17 tangkapan yang direkodkan sepanjang 2015.

Menurutnya peningkatan itu berkemungkinan disebabkan tangkapan berkaitan aktiviti perlombongan bauksit pada awal tahun ini.

"Selain kes bauksit, kita juga banyak melakukan tangkapan kes-kes lain dari semasa ke semasa menerusi hasil risikan sendiri ataupun daripada aduan orang ramai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas penutupan majlis penerangan dan wacana bertajuk "Pencegahan Rasuah Bermula Dari Rebung" anjuran SPRM Pahang di sini, semalam.

Majlis itu disempurnakan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob yang turut dihadiri Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin.

Kira-kira 400 belia menghadiri wacana berkenaan.     Dalam pada itu, Wan Ramli berkata penganjuran wacana seumpama itu dapat merapatkan hubungan antara SPRM dan golongan belia yang boleh dijadikan sebagai 'mata dan telinga' suruhanjaya berkenaan bagi  membanteras gejala rasuah.

Katanya golongan itu boleh dijadikan sebagai sumber bagi SPRM untuk memperoleh maklumat berkaitan rasuah.

"Ini berikutan statistik pembabitan rasuah juga menunjukkan 40 peratus kes membabitkan golongan berumur antara 18 dan 40 tahun," katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top