pahangdaily pahangdaily Author
Title: Anwar Ibrahim Rayu Parti Pembangkang Bersatu !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA:  Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu agar pihak pembangkang merapatkan barisan, mengetepikan perbezaan dan elak bertengkar se...
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu agar pihak pembangkang merapatkan barisan, mengetepikan perbezaan dan elak bertengkar sesama sendiri.
Dalam sepucuk surat terbuka yang ditulis dari penjara Sungai Buloh, beliau yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas tuduhan liwat menggesa ahli-ahli politik pembangkang meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan.
“Kita wujud untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya. Teks surat itu telah dikeluarkan oleh Parti Keadilan Rakyat.
Awal bulan ini, pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah memberi pengajaran besar kepada calon pembangkang dalam pilihan raya kecil. Calon-calon dari Amanah yang disokong oleh Pakatan Harapan, serta calon daripada PAS, kedua-duanya kalah kepada Barisan Nasional.
Sejak itu terdapat rayuan bagi PAS untuk menyertai semula pakatan pembangkang yang mana sebelum ini berpecah ekoran pertikaian antara DAP dan beberapa pemimpin PAS.
Anwar berkata, parti-parti pembangkang harus menerima kekalahan pilihan raya kecil dengan rendah hati.
Rakyat Malaysia menyematkan harapan mereka terhadap parti-parti pembangkang untuk menyelamatkan negara ini daripada penindasan, rasuah dan kebankrapan moral rejim semasa,” katanya yang turut menggesa ahli-ahli politik pembangkang untuk bersatu dan mengalahkan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.
“Kita mesti melalui segala-galanya demi Malaysia”, tulis Anwar dan surat terbukanya itu. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top