pahangdaily pahangdaily Author
Title: BN Menang Besar, 'Pertahan' Parlimen Sg Besar !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SUNGAI BESAR:  Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusinya di Parlimen Sungai Besar dengan majoriti lebih besar menerusi ca...

SUNGAI BESAR: Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusinya di Parlimen Sungai Besar dengan majoriti lebih besar menerusi calonnya Budiman Mohd Zohdi.
BN diumumkan sebagai pemenang dalam pertembungan tiga penjuru ini dengan majoriti 9,191 undi, meninggalkan calon Parti Amanah Negara (Amanah) dengan 7,609 undi dan calon PAS, Dr Abdul Rani Osman yang mendapat 6,902 undi.
Pengumuman keputusan dibuat oleh Pegawai Pengurus PRK Sungai Besar Khairuddin Mad Som pada pukul 10.02  malam di Dewan Seri Bernam, di sini.
Budiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang memasuki dewan berkenaan pada kira-kira pukul 9 malam, memakai baju kemeja BN. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top