pahangdaily pahangdaily Author
Title: DAP: Adakah Mufti Pahang 'Jahil' Fekah Semasa !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Kenyataan Mufti Pahang bahawa ‘DAP tergolong kafir harbi yang wajar ditentang’ dianggap bukan sahaja merbahaya malah sua...
PETALING JAYA: Kenyataan Mufti Pahang bahawa ‘DAP tergolong kafir harbi yang wajar ditentang’ dianggap bukan sahaja merbahaya malah suatu tuduhan amat berat yang mana implikasinya boleh menyebabkan pertumpahan darah, kacau bilau dan menggugat ketenteraman awam serta negara.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali mengecam kenyataan Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman yang boleh mengancam keselamatan negara.
“Bagaimana jika sebentar lagi ada mana-mana orang yang terjumpa mana-mana ahli DAP dan membunuh mereka kerana mengikut hukum yang dikeluarkan oleh Mufti Pahang ini?” soal Omar yang juga Graduan Usuluddin Akademi Pengajian Islam UM.
Mufti Pahang dalam sebuah laporan di akhbar Utusan Malaysia berkata, penentangan DAP terhadap pelaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016 jelas membenci Islam dan berdosa besar bagi umat Islam bekerjasama de­ngan mereka.
“Kami amat kecewa kerana Mufti Pahang gagal mengemukakan fakta dan bukti kukuh untuk dijadikan hujah yang boleh disandarkan ke atas tuduhan berat ‘kafir harbi’ tersebut.
“Bahkan kenyataan yang dikeluarkan seolah-olah beliau gagal menekuni fiqh muassirah (fekah semasa) yang giat diperbahaskan ulama’ dan para sarjana lewat hari ini seperti Dr Yusuf Al-Qardhowi dan sebagainya!” katanya.
Omar Ali terus menyelar Mufti Pahang dengan diminta buktikan DAP membeci Islam dan jika ia hanya berpandu kepada hukum hudud, beliau persoal pendiriannya terhadap ahli UMNO yang turut menentang pelaksanaan hukum tersebut.
Kesal dengan sentimen politik yang dikeluarkan oleh seorang mufti sehingga boleh menyebabkan kebencian sesama sendiri, Omar Ali menyifatkan kenyataan Abdul Rahman tidak menggambarkan ilmu dan akhlak Islam malah menjatuhkan imej Islam sebagai agama yang mudah melabel tanpa fakta dan bukti. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top