Individu Sebar Isu Status Halal Akui Kesilapannya


KUALA LUMPUR: Individu yang memulakan dakwaan di laman sosial dengan mempersoal status halal produk McDonald's Malaysia telah mengakui kesilapannya selain memohon maaf kerana menyebarkan dakwaan itu.
Menurut kenyataan McDonald's Malaysia pada Rabu, syarikat makanan segera itu meminta wanita itu mengambil iktibar daripada kesilapannya dan lebih berhati-hati dalam memeriksa sebarang maklumat sebelum menyebarkannya. 
Ia berkata, ini susulan usaha McDonald's menghubungi sendiri individu berkenaan.
Kenyataan itu turut memaparkan surat permohonan maaf yang dihantar individu berkenaan. Bagaimanapun, identiti dan butiran peribadi individu itu tidak didedahkan.
Menurut syarikat itu pada Mei 2016, ia mengeluarkan kenyataan bagi menepis dakwaan yang disebarkan di media sosial sebelum ini tentang punca penghentian jualan produk 'Quarter Pounder with Cheese'.
"Kami mendapati dakwaan itu kembali disebarkan, dan kami ingin menegaskan bahawa tidak benar sama sekali dakwaan itu yang mempersoal status halal kami," kata kenyataan itu.
Ia berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia juga telah mengeluarkan kenyataan  bagi meyakinkan pengguna tentang status halal McDonald's Malaysia. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]