pahangdaily pahangdaily Author
Title: Isu Tutup Jalan, Peniaga Perlu Tunggu 27 Jun Ini !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Keputusan muktamad susulan penutupan laluan masuk ke Lorong Tun Ismail 6 sejak 23 Mei lalu yang menyebabkan 67 peniaga di kaw...

KUANTAN: Keputusan muktamad susulan penutupan laluan masuk ke Lorong Tun Ismail 6 sejak 23 Mei lalu yang menyebabkan 67 peniaga di kawasan itu membantah tindakan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), akan diketahui selepas 27 Jun ini.

Semalam lapan wakil peniaga kawasan tersebut hadir menyerahkan surat aduan dan rayuan, serta berjumpa Jurutera MPK, Muhammad Azha Abd Rani.

Wakil peniaga,  Abdul Majid Abdul Wahid memberitahu, perjumpaan itu menyaksikan beberapa idea dan cadangan turut diberikan kepada pihak MPK untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

Dakwanya, langkah penutupan laluan itu telah menjejaskan sumber pendapatan mereka dengan penurunan ketara aktiviti perniagaan di kawasan tersebut.

Katanya, antara cadangan yang diberikan ketika perbincangan itu ialah pemasangan pembahagi jalan di beberapa lokasi strategik untuk mengatasi masalah kesesakan sehingga ia ditutup kepada pengguna sebelum ini.

“Selain itu, kita turut memberi cadangan laluan baru dengan menaik taraf seperti pemasangan papan tanda sesuai selain menutup beberapa parking lot kenderaan yang dilihat boleh membantu mengatasi masalah ini.

“Nak kata kami sudah lega selepas perjumpaan ini, belum lagi dan masih perlu menunggu keputusan mesyuarat jawatankuasa teknikal dan lalu lintas MPK pada 27 Jun ini untuk mengetahui keputusan muktamad,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, pada 2 Jun lalu, diwakili beberapa peniaga dari kawasan tersebut mendesak supaya membuka kembali laluan masuk selepas Jalan Tun Ismail ke Lorong Tun Ismail 7 dijadikan jalan keluar sahaja selepas MPK menjadikan ia cadangan aliran lalu lintas Jalan Tun Ismail 7, 8 dan 10 bagi tempoh 23 Mei hingga 22 Jun ini.

Penutupan laluan itu menyebabkan situasi perniagaan di kawasan tersebut mula terjejas berikutan laluan yang sebelum ini boleh digunakan tidak dapat dilalui menyebabkan pelanggan kurang berminat ke lokasi terbabit. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top