pahangdaily pahangdaily Author
Title: JAIP Pantau Hotel Popular Tawar Buffet Ramadan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN:  Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berpuas hati dengan pemantauan dilakukan ke atas hotel popular  di negeri ini yang menawarka...

KUANTAN:  Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berpuas hati dengan pemantauan dilakukan ke atas hotel popular  di negeri ini yang menawarkan buffet Ramadan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jaip, Noridzuan Abdul Manan berkata, hotel terbabit mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan menjadi pilihan umat Islam berbuka puasa.

Menurutnya, pemeriksaan dilakukan di semua hotel sekitar bandar Kuantan, Cerating, Balok, Genting Highland, Temerloh dan Lipis.

“Pemantauan dilaksanakan bagi memastikan pengurusannya patuh terhadap garis panduan, prosedur dan piawaian halal dalam aspek penyediaan makanan,” katanya di sini semlam.

Beliau berkata, selain pemeriksaan ramuan yang disahkan halal, kebersihan turut menjadi aspek penting dalam penyediaan makanan.

“Kita berpuas hati dengan komitmen industri hotel terhadap kepentingan halal dalam penyediaan makanan dan isu kebersihan,” katanya.

Menurutnya, bagaimanapun masih terdapat beberapa kesilapan kecil yang perlu ditambah baik.

Noridzuan berkata, pihak pengurusan hotel turut dinasihatkan supaya mematuhi semua prosedur ditetapkan bagi meningkatkan kepercayaan pelanggan terutamanya ketika Ramadan.

Katanya, justeru pelanggan yang berhasrat berbuka puasa di hotel diminta memilih premis yang disahkan halal. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top