pahangdaily pahangdaily Author
Title: Kenyataan Mufti, KPN Perlu Nyatakan Pendirian !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Wakil rakyat DAP Gobind Singh Deo mencabar Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menyatakan pendiriannya ber...

PETALING JAYA: Wakil rakyat DAP Gobind Singh Deo mencabar Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menyatakan pendiriannya berhubung kenyataan Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman mengenai kafir harbi.

Dalam postingnya di Facebook hari ini, Gobind berkata DAP tidak pernah melancarkan perang terhadap Islam.

“Kami tidak anti Islam. Kami ada penyokong, ahli dan wakil rakyat beragama Islam. Kami memegang Perlembagaan Persekutuan yang mengisytiharkan Islam ialah agama rasmi Malaysia.

“Tetapi apa yang membimbangkan saya ialah bila ketua polis negara yang mengetuai pasukan polis hanya senyap, sedangkan dia sepatutnya mengawal undang-undang negara ini.

“Kita mempunyai pengisytiharan terbuka dan umum mengenai perkara serius tetapi dia tidak cakap apa-apa. Seperti tidak ada apa-apa yang berlaku,” kata ahli Parlimen Puchong itu.

Gobind mendakwa sikap Khalid berbeza apabila terus bertindak dengan cepat ketika mengendalikan “kes lain” membabitkan perkara yang dianggap sensitif.

“Kita ada undang-undang dalam negara ini. Kita perlu lihat undang-undang ini dikuatkuasakan. Senyap dalam keadaan seperti ini pada fikiran saya, tidak ada pilihan.

“Saya fikir persoalan bagi kebanyakan orang ialah sama ada KPN setuju atau tidak dengan mufti? Jika tidak, soalannya ialah apa yang beliau akan lakukan mengenainya?” kata Gobind, menambah perkara itu sangat penting kepada rakyat. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top