pahangdaily pahangdaily Author
Title: Ketua Pesuruhjaya SPRM Letak Jawatan 1 Ogos !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA:  Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dijangka meletakkan jawata...

PETALING JAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dijangka meletakkan jawatannya pada 1 Ogos depan.
Difahamkan Abu Kassim akan dipindahkan tetapi masih kekal sebagai penjawat awam.
Seorang pegawai kanan SPRM enggan mengulas perkara itu, sambil memberitahu satu pengumuman akan dibuat pada Khamis.
Abu Kassim yang berusia 56 tahun pada Disember depan, telah berkhidmat sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM sejak 1 Januari 2010.
Beliau memulakan kerjaya di Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1984 sebagai pegawai siasatan selepas menamatkan pengajian di Universiti Sains Malaysia.
Abu Kassim dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Perancangan dan Koordinasi Dasar pada 1999 dan Pengarah BPR Perak pada 2000.
Beliau menjadi Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia dan dilantik sebagai ketua pegawai integriti, Amanah Raya Berhad.
Beliau menjadi Timbalan Ketua Pengarah BPR pada 2007 dan kemudiannya sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Satu kenyataan yang dikeluarkan SPRM pada Januari lalu menyebut tempoh perkhidmatan Abu Kassim sebagai Ketua Pesuruhjaya hanya akan berakhir pada 2018 dan persaraan wajibnya dari perkhidmatan awam pada 2020.
Abu Kassim sebelum ini berkata, beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan dan akan berhenti di atas kehendaknya sendiri atau atas sebab-sebab kesihatan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top