pahangdaily pahangdaily Author
Title: KPN Nafi SB Terima RM12j, Mungkin Pihak Ketiga
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PUTRAJAYA: Polis tidak pernah terima wang daripada keluarga empat rakyat Sarawak yang diculik kumpulan pengganas Abu Sayyaf. “Siapa ka...
PUTRAJAYA: Polis tidak pernah terima wang daripada keluarga empat rakyat Sarawak yang diculik kumpulan pengganas Abu Sayyaf.
“Siapa kata wang bersama polis? Keluarga yang buat dakwaan itu, dan saya nafikan. Terdapat ramai individu, ejen yang berurusan dengan mereka.
“Jangan guna nama Cawangan Khas (SB) atau polis. Saya tegaskan polis tidak bayar bayar tebusan atau bekerjasama dengan urusan pembayaran kepada penculik,” kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Khalid yang bercakap kepada pemberita di satu sidang media di Pejabat Timbalan Perdana Menteri di sini, menegaskan berkali-kali bahawa polis dan kerajaan tidak terlibat dalam sebarang pembayaran wang tebusan.
Beliau bagaimanapun mendakwa semasa mangsa dalam tebusan pengganas, pelbagai kumpulan dan individu telah menghubungi polis dan pihak keluarga dan menawarkan khidmat mereka untuk membebaskan mangsa.
Menafikan dakwaan polis telah membawa lari wang itu, Khalid berkata ada kebarangkalian pihak ketiga telah menyakinkan pihak keluarga bahawa mereka daripada cawangan khas.
Beliau juga berkata pihak ketiga yang berurusan dengan keluarga mangsa telah berjanji untuk membebaskan tebusan sekiranya wang disalurkan ke badan-badan agama dan kebajikan di Selatan Filipina.
Respon Khalid ini menyusuli kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berkata sejumlah RM12 juta diserahkan kepada SB, yang kemudiannya menyalurkan wang itu kepada badan tertentu di Filipina dan bukannya kepada kumpulan pengganas.
“Saya tidak tahu dan saya tidak mahu tahu,” kata Khalid ketika ditanya samada polis tahu siapa yang menerima wang yang dikumpulan daripada sumbangan orang ramai dan penjualan aset milik keluarga tebusan.
“Mereka (pihak keluarga) perlu beritahu kami siapa pihak ketiga itu. Mereka perlu buat laporan dan kita akan siasat.”
Empat warga Sarawak diculik pada 1 April lalu dan dibebaskan pada 7 Jun. Polis selepas menafikan wang tebusan membuatkan keluarga berasa tertekan kerana orang ramai mula menyoal kemana wang sumbangan disalurkan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top