Kritik Najib, UMNO Pecat Muhyiddin Dan Mukhriz !


KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat daripada  UMNO kerana mengkritik kepimpinan parti berkuat kuasa Jumaat.
Pemecatan Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden  UMNO dan Mukhriz diumumkan oleh Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Majlis Tertinggi mengambil keputusan secara sebulat suara untuk memecat Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz di atas pelanggaran disiplin.

"Lebih-lebih lagi apabila mereka telah berada di atas pentas bersama-sama pemimpin pembangkang membuat ucapan dan menyerang pimpinan dan parti, maka itu adalah kesalahan besar dari segi disiplin parti.
"Berdasarkan kepada kelakuan tersebut maka Majlis Tertinggi mengambil keputusan memecat kedua-dua pemimpin tersebut," katanya.
Perkara berkenaan diputuskan pada Mesyuarat Majlis Tertinggi  UMNO di Menara Dato' Onn pada Jumaat.
Sementara itu Naib Presiden  UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal pula digantung keahlian sehingga Majlis Tertinggi menerima laporan daripada Jawatankuasa Disiplin Umno mengenainya.
"Ini kerana Jawatankuasa Disiplin masih belum menyerahkan laporan kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Majlis Tertinggi," katanya.
Muhyiddin dan Shafie sebelum ini digugurkan daripada Kabinet Najib pada Julai 2015.
Ketiga-tiga mereka lantang mengkritik kepimpinan Najib dengan mempersoalkan isu dana politik bernilai RM2.6 bilion dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]