pahangdaily pahangdaily Author
Title: Lima Pelajar Tahfiz MTNP Jadi Imam Luar Negara
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Seramai lima orang pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) akan dihantar bertugas sebagai imam sepanjang bulan Ramadan nant...

KUANTAN: Seramai lima orang pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) akan dihantar bertugas sebagai imam sepanjang bulan Ramadan nanti di tiga buah negara iaitu, Sweden, Amerika Syarikat dan Australia.


Penghantaran pelajar tersebut mendapat sokongan daripada Yayasan Pahang (YP) selain agensi-agensi seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP), Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) dan Amanah Saham Pahang Berhad (Aspa).

Pengurus Besar Yayasan Pahang,Datuk Mahmud Mohd Nawawi berkata,  program imam terawih ke luar negara ini merupakan program kemasyarakatan berimpak tinggi MTNP dan YP yang merupakan salah satu daripada program dalam pelan strategik MTNP 2014 -2020.

Menurutnya, program yang merupakan kali kedua dilaksana ini adalah saranan daripada Menteri Besar,Datuk Seri Adnan Yaakob yang merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah MTNP, meminta agar program ini diteruskan dengan menambah lokasi baharu iaitu ke benua Eropah selain mengekalkan penghantaran imam ke Amerika Syarikat.

“Program ini dijalankan dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Washinton DC, Persatuan Muslim di Sweden iaitu Svenska Muslim for Fred dan Masjid Darul Imaan,Sydney, Australia.

“Sepanjang bersama di negara berkenaan,pelajar ini bukan sahaja bertugas sebagai imam terawih, bahkan turut mengendalikan program-program kepimpinan,kelas fardu ain dan kelas talaqqi al Quran,” katanya.

Pelajar yang dipilih bukan sahaja mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran ,tetapi kecemerlangan akademik, kemahiran berkomunikasi dan sahsiah diri turut diberi keutamaan untuk mereka berada di sana selama sebulan.

Pelajar-pelajar yang terpilih adalah Mohd Hafiz Datuk Abdul Rahim,19; Muhammad Amirul Asyraf Mohd Khadri, 21; Mohamad Fadhilah Al Hakam Othman,21; Muhammad Alif Mursyid Husry, 21 dan Mohd Aminur Rahman Mohamed Rashid, 21.

Pengarah Maahad Tahfiz Pahang, Datuk Zulkifle Ali Al-Hafiz berkata, penghantaran pelajar berkenaan merupakan sebahagian daripada program praktikal dan strategi memperkenalkan MTNP di negara ini dan peringkat global.

Bagi Mohd Hafiz, selain berasa terjua,dia turut berdebar untuk melihat persepsi masyarakat luar negara sepajang menjadi imam di Stockholm, Sweden.

“Sebelum ini saya selalu menjadi imam di beberapa buah masjid sekitar daerah Kuantan, tetapi kali ini saya akan berada di luar negara yang semestinya mempunyai banyak cabaran.

“Bagaimanapun, saya berharap agar ilmu yang saya dapat nanti akan memberi manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi masyarakat di negara luar,”kata anak bongsu dari tujuh beradik yang bercita-cita menjadi doktor ini. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top