pahangdaily pahangdaily Author
Title: MB Pahang Sedia Terima Kritikan Pentadbirannya
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menyifatkan kritikan yang dilakukan oleh pihak tertentu terhadap pentadbirannya ...

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menyifatkan kritikan yang dilakukan oleh pihak tertentu terhadap pentadbirannya di laman sosial sejak akhir-akhir ini sebagai satu petanda baik untuk dirinya sebagai orang politik.

Menurutnya sebagai seorang menteri besar yang berpengalaman, beliau tidak

akan cepat melatah, malah terbuka dalam menerima apa jua kritikan yang dilemparkan terhadapnya.    

"Saya suka berbahas jadi saya menerima kritikan yang dilemparkan. Betul atau tidak betul itu perkara lain.

Sebagai orang politik jika ada pihak masih bercakap tentang kita itu itu bermakna masih banyak kerja yang kita perlu dilakukan, tetapi kalau orang sudah tak bercakap maknanya kita kena pencen," katanya yang telah memegang jawatan itu sejak 17 tahun lepas.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan 14 Umno Bahagian Pahang dan Anak-anak Yatim sempena Program Jelajah Turun Padang Bantu Rakyat di Kompleks Yayasan Pahang di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain Adnan enggan mengulas laporan sebuah akhbar berhubung kedudukan Tangki Air Lily di Brinchang, Cameron Highlands yang dilaporkan berada dalam keadaan bahaya berikutan lereng bukit semakin runtuh akibat hujan lebat.

Katanya, persoalan itu seharusnya diajukan terus kepada pihak bertanggungjawab iaitu Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip).

"Saya tak boleh komen. Kena tanya Ketua Pegawai Eksekutif Paip," katanya ringkas.

Kawasan lereng bukit yang menempatkan tangki berkapasiti 1.82 juta liter air itu dilaporkan mengalami runtuhan yang teruk ekoran hujan lebat yang berlaku di kawasan itu baru-baru ini.

Keadaan itu dikhuatiri boleh membahayakan nyawa penduduk di Jalan Taman Kuari, Berinchang sekiranya hujan lebat dan runtuhan terus berlaku. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top