pahangdaily pahangdaily Author
Title: Mufti Pahang, "Hati-Hati" Keluar Kenyataan Politik
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Tindakan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman yang sekali lagi mengeluarkan kenyataan politik mendapat reaksi yang...

KUANTAN: Tindakan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman yang sekali lagi mengeluarkan kenyataan politik mendapat reaksi yang berbeza-beza dari kalangan orang ramai di sini. Ada yang bersetuju dan menyokong, malah ada pula yang mempertikaikan kenyataan panas mufti tersebut.

Penyelarasa NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli dalam satu posting terbaru di blognya ketika dihubungi berkata dia agak terkejut dengan kenyataan mufti Pahang itu. 

Baginya, Mufti Pahang tidak wajar terus mengeluarkan kenyataan politik yang keterlaluan kerana dikhuatiri kreadibiliti beliau terhadap umat Islam di negeri ini akan dipersoalkan. Ini kerana kenyataan politik yang dibuat itu tidak kena masa dan ketikanya, iaitu di kala umat Islam sedang berpuasa di bulan Ramadan Al-Mubarak.




Mufti Pahang harus sedar skop tugas beliau dan tidak terlalu alpa dengan kenyataan politik kebencian yang boleh mengundang kontroversi. Beliau takut, ada umat Islam di Pahang yang bertindak di luar batasan akibat termakan kenyataan mufti itu kelak. Justeru, di bulan mulia ini, eloklah kita bermuhasabah diri dan tidak keluarkan apa jua kenyataan  sedemikian rupa. 

Mufti bukanlah ahli politik, jika mahu berpolitik lebih elok letak jawatan dan bertanding pilihanraya. Baca kenyataan penuh beliau di www.cucumatkilau.blogspot.my . #PDONEWS

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Saturday, June 25, 2016 5:46:00 AM

MCA dah istihar tolak hudud..kerana MCA geng tok mufti MCA tidak diistihar kafirr harbi..DAP bukan geng jadi kafir harbi laa ikut pegangan ahli tok mufti..Mupati moderen..

 
Top