pahangdaily pahangdaily Author
Title: Muhyiddin Bersabar Hadapi Isu Skandal Terlarang
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menyifatkan tuduhan yang dilemparkan blogger kontroversi, Raja Petra Kamarudin dalam beber...
PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menyifatkan tuduhan yang dilemparkan blogger kontroversi, Raja Petra Kamarudin dalam beberapa makalah Malaysia Today sebagai tidak berasas dan berniat jahat.
Timbalan Presiden Umno yang digantung itu berkata tuduhan yang mengaitkan beliau pada satu skandal terlarang itu berbaur politik dan fitnah jahat yang disebarkan untuk merosakkan integriti beliau.
“Dugaan Allah kepada saya amat besar di bulan Ramadan ini. Saya harus bertenang, bersabar dan berdoa mudah-mudahan Allah S.W.T permudahkan segala urusan kita,” katanya, yang dikaitkan dengan kumpulan pemberontak Umno yang mahu menjatuhkan presiden parti dan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Sejak 2 Jun lalu Malaysia Today memuat naik beberapa makalah yang mendakwa Muhyiddin berdepan dengan suatu skandal terlarang yang akan terbongkar apabila suatu kes dibicarakan di mahkamah nanti.
Kenyataan malam ini merupakan pertama kali Muhyiddin bersuara mengenai dakwaan itu.
Ahli Parlimen Pagoh percaya tohmahan itu bertujuan menjejaskan reputasinya yang lantang bersuara mencari kebenaran, yang dipercayai bermaksud kritikannya terhadap Najib berhubung kontroversi 1MDB dan pengendalian wang sumbangan politik daripada Arab Saudi dalam siri jelajahnya ke seluruh negara.
“Seharusnya orang yang membuat fitnah ini beristighfar dan berdoa semoga dihapuskan segala dosa-dosanya. Jika dia sedar akan kesalahannya, dia seharusnya memohon maaf,” kata Muhyiddin.
Raja Petra meramalkan terbongkarnya skandal yang didakwanya itu berpotensi mematikan gerakan anti-Najib. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Saturday, June 18, 2016 5:51:00 PM

Blogger dedak raja putar alam kebangsaan.saman kalau fitnah.jangan tunggu selasa baru nak saman.

 
Top