pahangdaily pahangdaily Author
Title: Nazri Aziz: Tun Mahathir Di Cabar Bertanding PRU
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR:  Tun Dr Mahathir Mohamad dicabarbertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang untuk membuktikan sama ada bek...

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dicabarbertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang untuk membuktikan sama ada bekas perdana menteri itu masih mempunyai sokongan rakyat. 

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Dr Mahathir perlu dipilih sebagai wakil rakyat di Dewan Rakyat supaya segala pandangannya dapat melalui saluran yang betul. 

"Kalau bercita-cita nak memimpin kumpulan untuk menjatuhkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan kerajaan Barisan Nasional (BN), maka ia akan lebih berkesan di medan yang sebenar iaitu Dewan Rakyat. 

"Oleh itu, dia (Dr Mahathir) perlu jadi wakil rakyat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan promosi Warna-Warni Aidilfitri 2016 di Kompleks Kraftangan Malaysia, Jalan Conlay, di sini, Khamis malam. 

Nazri, yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, berkata dengan menjadi Anggota Parlimen, Dr Mahathir boleh menyuarakan pandangannya mengenai kerajaan BN dan bukan melalui demonstrasi jalanan oleh pembangkang.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang mencabar Dr Mahathir untuk bertanding pada PRU14 jika ingin menjadi pemimpin pembangkang. 

Sementara itu, promosi Warna-Warni Aidilfitri 2016 yang diadakan selama lapan hari mulai semalam hingga 3 Julai ini, mengetengahkan konsep penggunaan produk kraf tempatan dalam persiapan menyambut Aidilfitri. 

Sebanyak 220 usahawan kraf menyertai promosi ini dengan menyasarkan jualan sebanyak RM3 juta. Program tersebut turut menampilkan pelbagai aktiviti seperti jualan kraf, demonstrasi produk kraf, masakan dan kuih tradisional, persembahan kesenian dan pertandingan mengacau dodol, sulaman selendang raya dan memasak kuih bahulu. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top