pahangdaily pahangdaily Author
Title: Nik Abduh: Pemuja Nik Aziz, Cabut Lari Dari PAS !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KOTA BHARU: Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengingatkan penyokongnya agar tetap menyokong calon pilihan Pas untuk P...

KOTA BHARU: Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengingatkan penyokongnya agar tetap menyokong calon pilihan Pas untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Katanya, mentaati keputusan pemimpin walaupun tidak disukai akan mendapat ganjaran pahala yang lebih.

"Oleh kerana kita berteraskan kepimpinan ulama...kita semua mencintai para ulama.

"Ada masanya kita mentaati arahan walaupun pada perkara yang kita tak suka. Lagi-lagilah kita dapat pahala.

"Contoh paling hampir, ada yang tak puas hati dengan calon dua PRK namun dalam tidak suka, tapi kita taat, kita dapat pahala lebih, insya-ALLAH," katanya ketika sesi penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas ke-62 di sini, hari ini.

Namun, beliau mengingatkan ketaatan itu boleh menyebabkan berlakunya kecintaan melampau kepada ulama.

"Ini berterusan dari dulu lagi. Kecintaan kepada ulama sampai bawa sifat melampau.

"(Nabi) Isa (A.S) diagung sampai jadi Tuhan. Nabi ini walaupun batang tubuhnya nabi tapi dia adalah tubuh yang satu hari akan mati dan hilang dari pandangan kita," katanya.

Mengimbau kembali Allahyarham ayahnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Abduh akui ada yang bersifat mengagungkan bekas Mursyidul Am Pas berkenaan.

"Saya nak sebut terus terang, masa zaman Tok Guru masih ada saya sudah ingatkan perkara ini.

"Jangan sampai 'selagi mana Tok Guru ada, aku istiqamah dengan Pas. Tapi kalau Tok Guru tak ada, aku tak tahulah'. Yang tak tahu itulah...syaitan.

"Lihatlah orang-orang yang keluar daripada Pas, semuanya pemuja Tok Guru. Apabila Tok Guru tak ada kita lihat bagaimana mereka meracau," katanya.

Tekannya, barisan kepimpinan di atas pentas Muktamar Tahunan Pas itu adalah tok guru yang memimpin parti.

"Selagi mereka ada, kita istiqamah tapi perlu ingat sama ada kita atau mereka pergi dulu.

"Kita perlu ingatkan diri masing-masing juga bahawa tok guru ini dihormati, diangkat ALLAH sebab dia di jalan perjuangan yang lurus.

"Kalau kita hormat dia tapi tak hormat perjuangan kita telah salah daripada ajaran sebenar," katanya.

Tambahnya, mana-mana ulama yang tergelincir dari perjuangan tidak akan lagi dihormati.

"Ini sama dengan kita. Kalau tergelincir dari perjuangan ALLAH akan tarik (rasa hormat).

"Inilah berlaku kepada sahabat-sahabat kita," katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top