pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pahang Mencatat 'Kutipan Tertinggi' Kitar Semula
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Sebanyak 297 tan bahan kitar semula berjaya dikutip di negeri ini selepas peraturan mengasingkan sisa pepejal di punca (SAS) d...

KUANTAN: Sebanyak 297 tan bahan kitar semula berjaya dikutip di negeri ini selepas peraturan mengasingkan sisa pepejal di punca (SAS) dilaksanakan pada 1 September tahun lalu.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) negeri, Datuk Mohd. Nor Afendi Abd. Aziz berkata, berbanding tujuh negeri lain yang melaksanakan peraturan ini, Pahang mencatatkan peratusan tertinggi kutipan kitar semula iaitu 27.8 peratus sehingga Mei lalu.

"Ini membuktikan masyarakat mula menunjukkan kesedaran tentang kepentingan dan kebaikan mengasingkan sisa pepejal itu.

"Secara tidak langsung, kita dapat mengurangkan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan sampah yang semakin meruncing sekali gus memanjangkan jangka hayat dan mengurangkan pencemaran," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat SWCorp negeri, hari ini.

Sementara itu, sebanyak 2,377 premis melibatkan 27 taman perumahan di beberapa daerah di negeri ini diperiksa pada hari pertama pelancaran operasi penguatkuasaan pengasingan sisa pepejal di punca semalam.

"Hasil pemeriksaan, hanya 1,020 premis telah melaksanakan peraturan tersebut dan bermula 1 Jun lalu,  mereka tidak melakukan pengasingan itu boleh diambil tindakan mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672).

"Operasi yang dilaksanakan hari ini disertai 60 anggota penguat kuasa yang memeriksa tong sampah bagi mengenal pasti sisa kitar semula yang tidak bercampur dengan sisa baki ," jelasnya.

"Sekiranya pemilik premis didapati gagal mematuhi peraturan penguatkuasaan tersebut, notis pemberitahuan kesalahan akan dikeluarkan sebelum kompaun dikenakan.

"Pelaksanaan peraturan ini tidak bertujuan memfokuskan kepada tindakan mengenakanan kompaun semata-mata, namun lebih kepada memberi pendidikan kepada masyarakat agar lebih peka dengan persekitaran,” jelasnya.

Selain itu, beliau menjelaskan sejak September lalu sehingga April tahun ini, pihaknya telah mengeluarkan 12,273 Surat Peringatan Mesra kepada pemilik rumah berikutan gagal melakukan peraturan tersebut.

"Dalam tempoh tersebut, kita tidak mengenakan sebarang kompaun pemilik premis yang gagal mengasingkan sisa pepejal, sebaliknya  hanya diberikan peringatan bagi mereka membiasakan diri dengan kaedah baru itu,' ujarnya.

Katanya, sebarang masalah atau pertanyaan yang berkaitan, orang ramai boleh hubungi datang ke pejabat-pejabat SWCorp daerah yang berhampiran atau hubungi pejabat SWCorp negeri di talian 09-5663151 atau layari laman web www.kpkt.gov.my. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top