Pakar Motivasi, Profesor Izzi Ali Meninggal Dunia !


SHAH ALAM: Pakar motivasi, Profesor Madya Md Izuddin Ali atau lebih dikenali sebagai Prof Izzi telah kembali ke rahmatullah pada 12:45 tengah hari tadi di Hospital Alor Setar, Kedah.

Berita duka ini dimaklumkan oleh anak saudaranya, Abdul Muein Abadi, 28,  sebentar tadi.

"Beliau (Allahyarham) telah diserang strok seminggu yang lalu.

"Jenazah akan dikebumikan dalam masa terdekat dan akan dikebumikan di Terengganu," katanya.

Dalam pada masa itu, menerusi akaun Facebooknya sehari sebelum Ramadan lalu, Allahyarham sempat memuat naik status meminta maaf kepada semua orang.

"Saya nak minta maaf zahir batin kepada anda semua. Saya juga maafkan kepada sesiapa jua jika ada yang bersalah dengan saya dan mohon agar ALLAH ampunkan dosa saya dan anda semua.

"Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak. Moga matlamat/KPI Ramadan this time (kali ini) akan dapat  dicapai. Aamin," kenyataan itu dipetik.

Terdahulu, Allahyarham suatu ketika dahulu sangat popular dengan tagline: "Renung-renungkan dan selamat beramal" dan suaranya sering muncul dicorong-corong radio. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]