pahangdaily pahangdaily Author
Title: PAS Tak Gopoh Untuk Kerjasama Dengan UMNO !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SEKINCHAN:  PAS tidak akan bersikap gopoh dalam melaksanakan sesuatu perkara termasuk dalam menjalinkan kerjasama politik dengan UMNO....

SEKINCHAN: PAS tidak akan bersikap gopoh dalam melaksanakan sesuatu perkara termasuk dalam menjalinkan kerjasama politik dengan UMNO. 
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama dengan UMNO hanya akan berlaku jika pegangan parti itu sama dengan PAS iaitu al-Quran dan hadis.
 “Kita ada garis panduan dalam al-Quran. Kembali kepada al-Quran dan hadis sepenuhnya, barulah kita boleh bersatu,” katanya kepada pemberita ketika ‘walkabout’ di pekan Sekinchan, petang Ahad. 
Beliau mengulas gesaan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad yang menyatakan kerjasama antara PAS dan UMNO adalah penting bagi menyelamatkan BN daripada kemungkinan kalah PRU-14. 
Menurut Abdul Hadi, pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian di Dewan Rakyat baru-baru ini adalah satu kerjasama yang baik dengan kerajaan dan merupakan satu langkah progresif.
“Kita tak gopoh, seperti mana RUU Persendirian, itu sebagai satu kerjasama yang sangat baik dan progresif.  
“Namun, RUU ini disalah erti dan disalahtafsirkan sebaga hukum hudud. Ini bukan hudud," katanya.
Mengenai dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bahawa Abdul Hadi ‘nampak dedak’ apabila masih berbaik dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau berkata, PAS tidak menentang individu.
“PAS tidak menetang individu atau manusia, kita menentang pendekatan, konsep dan dasar.
“Kalau orang diubah, dasarnya sama, pendekatannya sama, tak ada perubahan,” katanya.
Abdul Hadi turut bertanya kepada Dr Mahathir siapakah yang telah mengajar tentang dedak.
"Pasal dedak ni siapa yang ajar bagi dedak dulu? Kerana PAS tak terpengaruh dengan dedaklah PAS boleh terus melangsungkan perjuangannya..tak ada politik wang,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top