PAS Tak Mungkin, Bersama DAP & Amanah Lagi !


KOTA BHARU: PAS tidak mungkin akan kembali duduk semeja dan mengadakan kerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) dalam Pakatan Harapan kerana sudah serik dengan pengalaman lalu.
Naib Presiden PAS yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata setakat ini parti itu berpendirian untuk tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan DAP dan Amanah kerana sedang memberi tumpuan untuk memperkasakan blok pembangkang ketiga.
"Kita sudah bekerjasama dengan DAP dan kita ada pengalaman dengannya. Jadi mungkin sukar untuk kita ulangi kerjasama itu. Pendirian kami setakat ini, kami tak kan bincang dengan Amanah dan DAP.
"Dengan PKR (Parti Keadilan Rakyat) setakat ini kita masih ada hubungan, masih tidak putus.
"Kita dalam usaha untuk mengukuhkan blok ketiga (dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia). Cuma mungkin ambil masa sedikit," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama pengamal media di sini Selasa malam.
Beliau diminta mengulas saranan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga menteri besar Selangor agar PAS kembali bersatu sebagai satu pasukan di bawah Pakatan Harapan bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Dalam perkembangan lain, Mohd Amar meminta kerajaan persekutuan agar memainkan peranan dalam menjelaskan mengenai Rang Undang-undang Persendirian berkaitan Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.
Rang Undang-undang itu dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada 26 Mei lepas.
"Dalam tempoh empat bulan ini (sebelum Dewan Rakyat kembali bersidang pada Oktober), kita minta supaya kerajaan persekutuan menggunakan kuasa yang ada padanya temasuk media massa untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat tentang apa yang diusahakan ini.
"Kalau kerajaan persekutuan memainkan peranannya dengan sistematik dan bersungguh-sungguh, saya rasa mungkin lepas empat bulan ini semua orang akan sokong rang undang-undang ini, tak ada yang akan lawan," katanya. #sumber

5 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Tak mungkin tu maksudnya ada boleh jadi atau tidak jer.. Yang pastinya pakatan harapan tidak pernah menutup pintu rundingan.. jemputlah bertandang.. pekena kopi secawan sambil bincang2.. kalu ngam ceritanya.. baru leh buat official kat bilik mesyuarat..

Anonymous said...

Pemimpin2 Pas beriya2 benor nok bersatu dgn umno tapi ramai ahli2 belum tahu..bila tahu nanti Pas akan berantakan..ahli2 pas ade yg akan lari kepada Amanah..biarkan Pas dengan bodoh sombongnye..

Anonymous said...

http://greenboc.blogspot.my/2016/06/pas-bakal-bungkus-di-selangor-perak.html?m=1

Anonymous said...

PH buat tawaran utk sedarkan pas je yg dok merancap beragan2 fantasia BN sampai MCA MIC menghina diorang masih x sedar. Amno do ketawa terbahak2 nengok pas dok merancap!

Anonymous said...

tak payah lah PAS...Parti Anak Syaaitan yg diketuai oleh dua ekor Pope besar Dunia..sekor bernama Pope hadi, sekor lagi Pope harun Din aka air jampi..buat air jampi..sendiri sakit pergi hospital..lancaulah haron din..pergi cari pelacur lah..jgn lupa ajak hadi skali.

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]