pahangdaily pahangdaily Author
Title: Peguam: Mufti Pahang Tak Kebal Undang-Undang
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Status Datuk Seri Abdul Rahman Osman sebagai mufti Pahang tidak memberikan beliau kekebalan daripada undang-undang atau ...
PETALING JAYA: Status Datuk Seri Abdul Rahman Osman sebagai mufti Pahang tidak memberikan beliau kekebalan daripada undang-undang atau kuasa penuh untuk membuat kenyataan mengenai kafir harbi, kata peguam Syahredzan Johan.
“Jika ia kesalahan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan, beliau sudah tentu boleh didakwa. Mufti tidak ada kekebalan undang-undang seperti itu,” kata Syahredzan di akaun Twitter sebagai respons kepada laporan keengganan Rahman menarik balik kenyataannya itu.
Mufti Pahang itu melabelkan “kafir harbi” kepada DAP kerana bercakap menentang rang undang-undang persendirian PAS untuk menaik taraf status mahkamah syariah.
Beliau kemudian mempertahankan dirinya dan berkata sebarang fatwa yang dikeluarkan mufti secara individu atau menerusi jawatankuasa fatwa tidak boleh dicabar di mahkamah mengikut Seksyen 40 Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam (Pahang) 1991.
Seksyen 40 menyatakan ‘mana-mana undang-undang bertulis yang bertentangan, mufti tidak boleh dipanggil ke mana-mana mahkamah sivil atau syariah untuk memberi pendapat atau bukti berkaitan undang-undang Islam’.
Syahredzan tidak bersetuju, berkata Seksyen 40 hanya menjadikan mufti dikecualikan daripada dipanggil ke mahkamah untuk memberi pendapat atau bukti, bukan tidak boleh didakwa mengikut undang-undang.
Beliau berkata jika sekalipun ia akan dijadikan fatwa, ia masih perlu mengikut perundangan tertentu, diwartakan untuk menjadi rasmi.
“Ia satu pendapat. Bukan fatwa. Fatwa pun perlu mengikut perundangan tertentu, diwartakan untuk menjadi rasmi,” katanya.
Dalam Twitter, Syahredzan meruju kepada Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang menyatakan “sesiapa yang membuat, menerbitkan atau mengedarkan sebarang kenyataan, khabar angin atau laporan dengan niat untuk mencetuskan atau mungkin mencetuskan sebarang kelas atau komuniti seseorang untuk melakukan kesalahan terhadap mana-mana kelas atau komuniti seseorang, akan dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya”. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Tuesday, June 28, 2016 5:05:00 PM

Mupeti rasa dia bebas buat kenyataan berkaitan membela islam walaupun berat sebelah dan berbaur politik..DAP pun bagi bajet untuk masjid di Pulau pinang dan bantuan kpd orang islam..tak setuju RUU 355 bukan bermakna memerangi orang islam..jika wakil2 rakyat diparlimen setujul uluskan RUU ape DAP boleh buat?kalau DAP melakukan huru hara barulah jadi kapir HARBI..

 
Top