pahangdaily pahangdaily Author
Title: Penganggur Di Dakwa "Cederakan" Abang Sendiri
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Sorang penganggur dikenakan ikat jamin RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Kuantan di sini, semalam selepas mengaku tidak bersalah...

KUANTAN: Sorang penganggur dikenakan ikat jamin RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Kuantan di sini, semalam selepas mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan memukul ahli keluarganya.

Tertuduh, M. Puvindran, 24, dari Perkampungan Seri Setali, dekat sini, didakwa dengan sengaja melakukan kesalahan itu  di Lorong 72, Perkampungan Seri Setali di sini, kira-kira jam 11 malam, 16 Jun lalu.

Berdasarkan kertas pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan sengaja mencederakan abangnya, M. Partipben, 26, dengan cara menoreh lengan kiri mangsa menggunakan pisau cukur sehingga mendapat kecederaan.

Bagi kesalahan tersebut, Puvindran  melakukan kesalahan yang boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana daripada hukuman itu, di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan.

Manakala pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mencederakan M. Tilagawathy, 27, dengan besi hingga cedera di bahagian dahi manakala bagi pertuduhan ketiga, tertuduh mencederakan seorang wanita,  A.Kalarani, 50, dengan menolak tubuh mangsa ke dinding rumah sehingga mengalami kecederaan.

Bagi dua kesalahan itu, dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 bagi pertuduhan pertama dan masing-masing RM2,000 bagi dua lagi pertuduhan mencederakan.

Sementara itu, Noor  Zaihan mengarahkan tertuduh mendapatkan bantuan guaman sementara menunggu 13 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hayati Abdullah. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top