pahangdaily pahangdaily Author
Title: Polis Terima Laporan, Ugutan Pengerusi MyWatch
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR:  Tiga lagi telah tampil dan mendakwa mereka menjadi mangsa kepada Pengerusi MyWatch, Datuk R. Sri Sanjeevan, kata Tan Sri ...

KUALA LUMPUR: Tiga lagi telah tampil dan mendakwa mereka menjadi mangsa kepada Pengerusi MyWatch, Datuk R. Sri Sanjeevan, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ketua Polis Negara berkata ketiga-tiga mangsa membuat laporan polis secara berasingan, mendakwa mereka diancam dengan cara yang sama seperti mangsa pertama.

"Kami masih dalam proses menyiasat kes ini.

"Tiga orang yang terkini membuat laporan polis ini akan dianggap sebagai saksi," kata Khalid pada sidang akhbar selepas melancarkan "Inisiatif NBOS: Go To Safety Points Bersama Petronas" di stesen Petronas, Jalan Air Kolam, Ampang, di sini, Jumaat.

Ditanya sama ada tindakan akan diambil ke atas mangsa pertama, seorang pengendali perjudian haram yang berusia 38 tahun, Khalid berkata sehingga kini tidak ada perancangan lagi memandangkan pengendali itu adalah saksi.

"Keutamaan kami adalah untuk mencari keadilan dalam perkara itu.

"Tiada siapa yang mengatasi undang-undang," katanya.

Sanjeevan ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan ugutan jenayah dan peras ugut bagi mendapatkan 'wang perlindungan' daripada operator perjudian haram terbabit.




Sanjeevan, 31, didakwa telah menghubungi pengendali itu kira-kira pukul 2 petang Rabu dan mengancam untuk mendedahkan operasi perjudiannya, melainkan jika dia memberikan wang perlindungan.

Sumber mendedahkan bahawa pengendali itu telah merayu kepada Sanjeevan melalui beberapa perbualan telefon meminta agar 'bayaran' dikurangkan kerana perniagaannya tidak begitu baik.#sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top