pahangdaily pahangdaily Author
Title: PPDNKK Akan Pantau Harga 
Barang Berterusan !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
RAUB: Lebih 120 anggota penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri dan 500 anggota skuad...

RAUB: Lebih 120 anggota penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri dan 500 anggota skuad pemantau harga akan menjalankan pemantauan sepanjang bulan Ramadan ini sehingga sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. 

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Seri Shahi­ruddin Ab. Moin berkata, mereka akan menjalankan pemeriksaan di premis-premis perniagaan bagi memastikan bekalan bara­ngan keperluan mencukupi selain tiada peniaga menaikkan harga jualan dengan sesuka hati.

“Selain itu, kita mengarahkan peniaga menyediakan stok simpanan bekalan barangan keperluan yang mencukupi pada bulan Rama­dan dan untuk persiapan hari raya nanti,” katanya baru-baru ini.

Menurut Shahiruddin, kerajaan negeri juga telah menggesa pihak-pihak berkaitan supaya mengambil tindakan proaktif dengan menambah bekalan ikan, ayam dan da­ging di negeri ini bagi mengelakkan kekurangan barangan tersebut.
Kata beliau, kerajaan negeri memandang serius dakwaan kenaikan harga berkenaan tersebut beberapa hari lalu yang dikatakan berpunca daripada permintaan tinggi sehingga menyebabkan kurang bekalan.

“Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku pada bulan Ramadan ini bagi mengelakkan pengguna terbeban dengan kenaikan kos. Semua agensi yang terlibat perlu mengambil tindakan segera bagi mengatasinya,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan pengguna supaya tidak membuat pembelian panik atau dalam kuantiti banyak kerana secara tidak langsung boleh menyebabkan harga barangan basah seperti ikan, ayam dan daging naik serta bekalannya berkurangan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top