pahangdaily pahangdaily Author
Title: PRK Kuala Kangsar: Datin Mastura Maafkan Nizar
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA KANGSAR:  Calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid memaafkan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin d...

KUALA KANGSAR: Calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid memaafkan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin di atas kenyataannya bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar adalah pembalasan Allah terhadap parti itu yang menggulingkan kerajaan Perak yang diterajui pembangkang pada 2009.
"Sebagai manusia biasa, seperti anda semua, kata-kata itu menguris hati saya dan keluarga tetapi saya memaafkan Datuk Seri Nizar kerana saya percaya Allah akan menunjukkan kebenaran kepada kita," katanya kepada pemberita di kediamannya di Bukit Chandan di sini, Khamis.
Kerusi Parlimen Kuala Kangsar kosong berikutan kematian suami Mastura, Datuk Wan Mohammad Khai-ril Anuar Wan Ahmad yang juga Pengerus Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Beliau antara enam individu yang maut dalam nahas helikopter terhempas pada 5 Mei selepas berlepas dari Betong ke Kuching.
Nizar yang juga Timbalan Pengerusi Amanah Perak dipetik sebagai berkata “Allah mahu orang Kuala Kangsar ‘mengajar’ (memberikan kekalahan kepada) BN menerusi PRK Kuala Kangsar” kerana menggulingkan kerajaan Perak pada 2009.
Sejak itu, Amanah mempertahankan kenyataan Nizar dengan calon parti itu, Dr Ahmad Termizi Ramli berkata kenyataan itu diambil di luar konteks. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Saturday, June 11, 2016 1:40:00 PM

PRU 13 Nizar gagal juga ambil balik perak..beliau sepatutnye fikir kenape PRU 13 PAS/PR gagal..

Boley Jalan said... Sunday, June 12, 2016 7:05:00 PM

Pas dah makan dedak masa pru 13 camna nak menang. Tapi 2008 memang benar ameno rampas kuasa......paling jijik dlm tamadun manusia. Mastura nak maaf hotak dia.

Putra IJ80 said... Monday, June 13, 2016 11:02:00 PM

tanya pada tiga ekor Kald-i yg menyebabkan jatuh nya kerajaan yg sah di pilih rakyat...senang sangat kah mereka...habuan yang mereka perolehi dulu sudah berhasil kah menjadikan syurga bagi mereka sekurang kurang nya di Dunia...kerana di Akhirat nanti masih ada soal jawab yang mana X ada siapa lagi yang boleh menolong.....

 
Top