pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pertembungan "Empat Penjuru" Di Kuala Kangsar
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA KANGSAR:  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan empat calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangs...

KUALA KANGSAR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan empat calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar selepas proses penamaan calon selesai di Dewan Jubli Perak di sini, pagi Ahad.
Pengurus Pilihan Raya, Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria berkata calon yang bertanding ialah Izad Bukhary Ismail yang merupakan calon bebas, Datin Mastura Yazid daripada Barisan Nasional (BN), Najihatussalehah Ahmad (PAS) dan Dr Ahmad Termizi Ramli (Amanah).
Pengumuman itu dibuat pada pukul 10.40 pagi.
Seorang calon bebas yang hadir untuk penamaan iaitu Datuk Abu Backer Sidek  menarik diri selepas mendakwa tidak berpuas hati dengan layanan kakitangan SPR.

PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.  #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top