pahangdaily pahangdaily Author
Title: Projek Bayar Bil Dapat Rebat Kini Makin Meletup !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
Penjimatan membayar bil sehingga mencecah 150%, inilah yang sedang dinikmati oleh sebahagian besar ahli-ahli Mi1 Global Sdn Bhd sekaran...

Penjimatan membayar bil sehingga mencecah 150%, inilah yang sedang dinikmati oleh sebahagian besar ahli-ahli Mi1 Global Sdn Bhd sekarang. Sesuatu yang menakjubkan, bukan sahaja dapat membayar bil dengan penjimatan yang sungguh luar biasa malahan juga mendapat rebat bil percuma sehingga melebihi satu tahun.

Percaya atau tidak, inilah hakikat yang berlaku. Mahukah anda mendapat kemudahan ini?. Nampak macam mustahil, tapi pernahkah anda terfikir sebelum ini bagaimana syarikat penerbangan tambang murah AirAsia boleh tawarkan tambang penerbangan sehingga serendah RM0.13 sen?. Ia memang tidak masuk dek akal langsung, bagaimana mereka boleh menampung kos pembelian kapalterbang yang berharga ratusan juta ringgit dengan tambang serendah itu. 



Tapi tahukah anda terma dan syarat yang mereka tetapkan?. Anda perlu membuat tempahan secara online untuk mendapatkan kemudahan tersebut. Malahan jadual penerbangan pula dalam tempoh setahun atau dua tahun dari tarikh anda membuat tempahan. Maka itulah AirAsia mendapat keuntungan, bayangkan yang membuat tempahan seramai satu juta orang?. Adakah anda dapat berkongsi keuntungan dengan mereka?. Inilah juga konsep perniagaan yang dijalankan oleh Mi1 Global Sdn Bhd. Mereka membayar secara pukal kepada syarikat pembekal (TNB, TM, Astro dan Telco). Mereka mendapat rebat yang banyak, dan rebat itulah diagihkan sesama ahli yang berdaftar.



Namun, anda perlu mendapatkan rebat ini mengikut syarat yang telah ditetapkan iaitu membuat pembelian atau pembayaran bil melalui sistem yang disediakan secara pukal. Malah, tawaran pembayaran pula lebih murah daripada apa yang sepatutnya anda bayar sebelum ini. Misalnya, contoh dibawah jika bil-bil bulanan anda RM500 maka dalam tempoh setahun anda perlu belanja RM6,000 atau RM12,000 dalam masa dua tahun. Itulah jumlah belanja hangus yang anda keluarkan setiap tahun, bayangkan untuk tempoh 10 tahun?. Bukankah ia mencecah hingga RM60,000 dan RM120,000 selama 20 tahun. Pernahkah anda ditawarkan diskaun oleh pihak terbabit atas bayaran yang anda buat?.

Apa yang berlaku, jika anda terlewat atau tertunggak maka operasi pemotongan akan dilakukan. Akhrinya belanja hangus yang anda keluarkan tidak memberi manfaat lain kepada anda, hanya kemudahan sebagai pengguna semata-mata. Justeru, anda dipelawa untuk berubah menjadi "pengguna bijak" mulai sekarang. Anda keluarkan belanja yang sama dan mendapat faedah atas perbelanjaan yang dibuat. Tukar belanja hangus jadi pendapatan.  Oleh itu, jangan lepaskan peluang keemasan untuk bersama Mi1 Global Sdn Bhd. Tawaran masih dibuka kepada anda yang mahukan perubahan.

Apa yang ditawarkan oleh Mi1 Global Sdn Bhd?. Syarikat menawarkan satu sistem pembayaran bil-bil utiliti seperti TNB, TM, Astro dan semua jenis pospaid Telco.  Malah anda juga boleh membuat pembelian reload prepaid untuk semua jenis Telco secara online. Anda hanya perlu membeli sistem ini dan akan mendapat kemudahan untuk tempoh kontrak paling maksima mencecah hampir dua tahun. Setelah habis kontrak, anda boleh menyambung semula untuk tahun-tahun berikutnya.



Untuk bersama Mi1 Global Sdn Bhd, anda perlu memilih pakej-pakej yang sesuai bagi mendapatkan kadar penjimatan paling maksima. Pakej-pakej adalah bergantung kepada penggunaan dan jumlah keseluruhan bil-bil anda setiap bulan. Jika anda mahu berjimat dan menjual reload prepaid atau pun membayar bil pelanggan anda, maka anda perlu memilih pakej yang lebih tinggi daripada jumlah bil bulanan anda. Kiraan boleh dilakukan seperti kaedah dibawah ini. Apa yang penting ialah anda perlu pilih pakej berdasarkan jumlah rebat Topup Credit (TC) yang akan didebitkan ke dalam sistem anda setiap 10 hari.



Ini bermakna anda akan dapat reload setiap 10 hari untuk digunakan bagi membayar segala macam bil atau pun membeli reload prepaid. Paling menarik Topup Credit (TC) ini juga boleh dijual semula kepada pihak syarikat untuk mendapat keuntungan wang tunai. Jualan (Sell Back) boleh dilakukan dua kali sebulan. 



Pakej maksima untuk bersama dalam program ini hanyalah sebanyak RM21,000 iaitu kadar yang jauh lebih murah daripada anda yang membuka kedai telekomunikasi sebenarnya. Jika mereka (peniagaa kedai telekomunikasi) terpaksa meletakkan deposit ratusan ribu kepada syarikat Telco, anda tidak perlu kerana anda sudah mendapat sistem dihujung jari. Anda bukan sahaja boleh membeli reload prepaid bagi Telco di Malaysia, malahan juga bagi negara Indonesia, Thailand, Singapura dan yang terkini Myanmar serta Kemboja.



Jika rakan anda membuka center Telco, mereka hanya boleh menjual dan membayar bil syarikat Telco terbabit sahaja. Berbeza dengan anda, dengan modal RM21,000 anda boleh menjual segala macam reload Telco seperti Maxis, Digi, Celcom, TuneTalk, uMobile, Altel, RedOne dan sebagainya. Malahan juga anda boleh membayar bil TNB, Telekom Malaysia (TM), Astro dan segala jenis postpaid Telco. Anda tidak perlu menyewa kedai atau pun lain-lain kos yang membebankan. Hanya dengan satu klik sahaja anda boleh menjadi usahawan telekomunikasi sebenarnya.


Memang beruntung kepada mereka yang mengambil peluang ini. Hanya ubah cara pembayaran dan pembelian bil-bil anda sahaja, anda sudah mampu untuk mendapat penjimatan serta ganjaran yang sunggu menakjubkan. Bahkan, jika dengan modal RM21,000 tersebut dikira anda mampu mendapat keuntungan mencecah RM33,150 dalam tempoh hanya dua tahun sahaja. Untung itulah anda boleh gunakan untuk membayar bil-bil secara percuma untuk tahun-tahun yang berikutnya, itu pun jika anda tidak mahu jual semula rebat Topup Credit (TC) yang anda terima kepada syarikat.

Modal RM21,000 ialah pakej VIP, di mana syarikat anda akan menerima Reload Topup Percuma RM600 selepas pendaftaran. Rebat Topup Credit (TC) bernilai RM765 setiap 10 hari atau pun RM2,295 setiap bulan. Jumlah keseluruhan rebat Topup Credit (TC) yang akan ada terima sehingga tamat kontrak ialah RM54,150. Ini bermakna anda ada untung RM33,150 dalam tempoh 20 bulan 20 hari sahaja. 



Selain daripada pakej VIP (RM21,000) syarikat juga menyediakan beberapa pakej yang lebih murah. Namun keuntungan atas penjimatannya juga berkurangan. Pakej-pakej lain yang boleh anda pilih ialah paej Platinum bernilai RM11,550. Anda akan menerima Reload Topup Percuma RM300 selepas pendaftaran. Rebat Topup Credit (TC) bernilai RM384 setiap 10 hari atau pun RM1,152 setiap bulan. Jumlah keseluruhan rebat Topup Credit (TC) yang akan ada terima sehingga tamat kontrak ialah RM25,260. Ini bermakna anda ada untung RM13,710 dalam tempoh 20 bulan 20 hari sahaja. 



Bagi pakej Platinum (RM11,550), dengan rebat Topup Credit (TC) sebanyak RM1,152 sebulan, mungkin hanya cukup untuk anda membayar bil-bil dan kemudahan membeli reload prepaid untuk keluarga sendiri sahaja. Anda terpaksa membayar secara tunai untuk membeli Topup Credit (TC) daripada pihak syarikat untuk dapatkan reload tambahan, jika anda mahu membuat perkhidmatan pembayaran bil kepada orang lain. Bagi pakej Diamond (RM4,445), anda akan menerima Reload Topup Percuma RM201 selepas pendaftaran. Rebat Topup Credit (TC) bernilai RM129 setiap 10 hari atau pun RM387 setiap bulan. Jumlah keseluruhan rebat Topup Credit (TC) yang akan ada terima sehingga tamat kontrak ialah RM7,941. Ini bermakna anda ada untung RM3,496 dalam tempoh 20 bulan sahaja. 


Bagi pakej Silver (RM1,120), anda akan menerima Reload Topup Percuma RM60 selepas pendaftaran. Rebat Topup Credit (TC) bernilai RM33 setiap 10 hari atau pun RM99 setiap bulan. Jumlah keseluruhan rebat Topup Credit (TC) yang akan ada terima sehingga tamat kontrak ialah RM2,040. Ini bermakna anda ada untung RM920 dalam tempoh 20 bulan. 


Pakej yang paling minima ialah Bronze (RM420), anda akan menerima Reload Topup Percuma RM30 selepas pendaftaran. Rebat Topup Credit (TC) bernilai RM12.90 setiap 10 hari atau pun RM38.70 setiap bulan. Jumlah keseluruhan rebat Topup Credit (TC) yang akan ada terima sehingga tamat kontrak ialah RM675. Ini bermakna anda ada untung RM255 dalam tempoh 20 bulan sahaja. Risiko pakej Bronze ialah anda tidak boleh upgrade hingga pakej VIP dan tidak punyai cukup reload untuk membayar bil dan membeli prepaid. Ini bermakna anda perlu top up gunakan wang tunai sendiri untuk membayar bil-bil anda.


Paling menarik di sini ialah, anda boleh jual semula kepada pihak syarikat rebat Topup Credit (TC) yang diterima untuk menjadi wang tunai. Cuma kadar pertukarannya ialah 1TC (Topup Credit) bersamaan dengan RM2.85. Ia agak merugikan sedikit kerana jika anda buat pembayaran bil atau memberi reload prepaid nilainya ialah 1TC (Topup Credit) bersamaan RM3.00. 



Maka itu, pilihan ditangan anda sekarang, mahu berbelanja hangus dengan kaedah biasa atau pun bertukar kepada perkhidmatan yang ditawarkan oleh Mi1 Global Sdn Bhd. Jadilah pengguna yang bijak sekarang, jangan bazirkan wang anda untuk sesuatu yang jelas tidak menguntungkan anda untuk tempoh akan datang. Untuk pendaftaran, sila Klik DI SINIProgram Pengguna Bijak 2016 . #advitorial

Advertisement

 
Top