pahangdaily pahangdaily Author
Title: Rasuah: SPRM Tahan Bekas Ahli Parlimen Kapar !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SUNGAI BESAR:  Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan  bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam ditahan berkaitan kes rasuah, mala...

SUNGAI BESAR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan  bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam ditahan berkaitan kes rasuah, malam Rabu.
Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, bagaimanapun pemimpin parti itu dibebaskan dengan ikat jamin oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi Khamis.
"Pimpinan tertinggi parti akan bertemu dengannya secepat mungkin untuk meminta penjelasan.
"Setakat ini laporan mengenainya masih samar, tak tahu apa sebabnya dan beliau pun masih dalam siasatan jadi kita tak mahu membuat penilaian awal," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.
Pada masa sama, Tian Chua menggesa supaya SPRM menjalankan tugas dan menyiasat kes ini dengan telus tanpa mengaitkannya dengan pilihan raya kecil (PRK).
"Jika penahanannya dikaitkan dengan Pakatan Harapan dan calonnya ia akan dilihat sebagai bersifat politik," katanya.
Ditanya bilakah pimpinan tertinggi parti akan bertemu dengan Manickavasagam, katanya mungkin selepas PRK.
Beliau berkata, pimpinan tertinggi parti tidak akan menutup sebarang salah laku yang dilakukan oleh mana-mana ahli atau pemimpin parti itu.
Pada Rabu, dilaporkan bekas ahli parlimen PKR itu didakwa kerana menerima RM30,000 rasuah daripada seorang kontraktor.
Sumber mendedahkan Manickavasagam turut disiasat kerana didakwa menipu wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beberapa Orang Kurang Upaya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top