pahangdaily pahangdaily Author
Title: Ribut: Tengku Abdullah Gesa Polis, Tentera Bantu
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
TEMERLOH: Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah meminta pasukan tentera dan polis bersama-sama agensi kerajaan berkaitan supaya turun padan...

TEMERLOH: Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah meminta pasukan tentera dan polis bersama-sama agensi kerajaan berkaitan supaya turun padang membantu membaik pulih rumah penduduk di tiga buah kampung di daerah ini, yang terlibat dengan kejadian ribut, petang Sabtu lepas.

Tengku Mahkota Pahang itu bertitah khidmat sosial yang dilakukan menerusi program Jiwa Murni tersebut dapat mengurangkan bebanan penduduk lebih-lebih lagi menjelang Aidilfitri, tidak lama lagi.

"Kita minta tentera bantu percepatkan projek baik pulih rumah yang terjejas sebelum Aidilfitri. Saya berharap ia dapat dilakukan dengan kerjasama pejabat daerah dan orang kampung. Kalau polis ingin turut serta, juga digalakkan," katanya.

Baginda bertitah demikian di majlis penyerahan sumbangan kepada mangsa ribut dari tiga buah kampung yang terlibat iaitu Kampung Desa Murni Sanggang, Desa Murni Songsang dan Desa Murni Kerdau di Dewan Orang Ramai Desa Murni, di sini hari ini.

Tengku Abdullah turut menyeru semua mangsa yang terlibat supaya tabah menghadapi dugaan tersebut dan pada masa yang sama bersyukur kerana tiada mangsa cedera dalam kejadian ribut itu. #sumber

Advertisement

 
Top