pahangdaily pahangdaily Author
Title: RM12 Juta, Tidak Di Bayar Sebagai Wang Tebusan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PUTRAJAYA:  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, wang derma berjumlah RM12 juta yang dikumpul untuk membebaskan empat anak kapal ...

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, wang derma berjumlah RM12 juta yang dikumpul untuk membebaskan empat anak kapal dari Sarawak tidak dibayar sebagai wang tebusan tetapi disalurkan kepada organisasi tertentu di Filipina.
Timbalan Perdana Menteri berkata, tiada wang tebusan dibayar untuk membebaskan keempat-empat mereka kerana kerajaan memutuskan untuk tidak mempedulikan tuntutan berkenaan.
"Saya boleh mengesahkan RM12 juta itu diserahkan kepada Cawangan Khas yang diberikan dalam satu bentuk sumbangan kepada organisasi tertentu di Filipina," katanya pada Khamis.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti kumpulan-kumpulan yang mendapat sumbangan itu.
Sebaliknya, Ahmad Zahid menegaskan bahawa tiada wang tebusan dan wang berkenaan tidak diserahkan kepada kumpulan penjenayah atau pengganas.
Ahli keluarga empat rakyat dari Sarawak yang dibebaskan kumpulan Abu Sayyaf menjelaskan bahawa mereka telah mengumpulkan sebanyak RM12 juta menerusi derma dan menyerahkannya kepada Cawangan Khas di Sandakan pada 24 Mei lalu.
Keluarga kesemua tebusan dihimpit pelbagai persoalan mengenai ke mana wang derma itu berikutan tiada bayaran wang tebusan dibuat.
Dilaporkan, daripada RM12 juta, RM9 didermakan oleh penderma secara individu manakala RM1 juta diperolehi daripada gadai janji hartanah dan baki RM2 juta daripada syarikat perkapalan, tempat kesemua tebusan berkhidmat.
Empat rakyat Malaysia - Wong Teck Kang, 31, Wong Hung Sing, 34, Wong Teck Chii, 29, dan Johnny Lau Jung Hien, 21, telah diculik oleh kumpulan Abu Sayyaf di perairan Pulau Ligitan, Semporna, Sabah, pada 1 April. Mereka kemudiannya dibebaskan pada 7 Jun lalu. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top