pahangdaily pahangdaily Author
Title: Saman Utusan: Anwar Berjaya Batal Sabitan Liwat
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Utusan Malaysia perlu membatalkan perenggan tertentu dalam pembelaannya te...

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Utusan Malaysia perlu membatalkan perenggan tertentu dalam pembelaannya terhadap saman fitnah yang dibawa oleh Ketua Umum KEADILAN, saudara Anwar Ibrahim.

Perenggan yang dibuang adalah sabitan kes Anwar atas tuduhan rasuah pada tahun 1999 dan pendakwaan liwat II pada 2015, yang dipetik Utusan untuk mewajarkan laporannya terhadap bekas Ketua Pembangkang itu.

Hakim John Louis O’Hara membuat keputusan itu berdasarkan hujah bahawa sabitan kes jenayah tidak perlu dibangkitkan dalam prosiding sivil.

Utusan diarah membayar RM2,500 sebagai kos.

Pada 7 Januari, Anwar berusaha untuk membatalkan tiga perenggan pembelaan Utusan yang menyebut mengenai sabitan terhadap Anwar.

Anwar menyaman bekas calon BN Permatang, Dr Mazlan Ismail, Sistem Televisyen Malaysia (TV3) dan Utusan Melayu (M) Bhd kerana memfitnah beliau.

Mazlan disaman kerana mendakwa Anwar telah merasuah hakim dan pendakwa, manakala TV3 dan Utusan didakwa menyiarkan kembali kenyataan Mazlan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Tuesday, June 28, 2016 8:34:00 PM

Kalau berada dipihak yg benar tuhan akan memberkati..utusan habiskan duit untuk bayar tuntutan gantirugi..sia2 kerja utusan..awang selamat dah kurang selamat nampaknye..

Anonymous said... Tuesday, June 28, 2016 9:27:00 PM

Mudah2an kebenaran segera tertegak di bumi Malaysia ini..Dah terlalu banyak kemungkaran yang berlaku.
Terbukti ramai yang sayangkan jawatan dari menyatakan kebenaran.

 
Top