pahangdaily pahangdaily Author
Title: Sebanyak 96% Aduan Paip Bocor, Pecah Selesai !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Pengurusan Air Pahang (Paip) berjaya menyelesaikan 96 peratus atau 23,031 kes daripada 23,928 aduan berkaitan paip bocor atau ...

KUANTAN: Pengurusan Air Pahang (Paip) berjaya menyelesaikan 96 peratus atau 23,031 kes daripada 23,928 aduan berkaitan paip bocor atau pecah di seluruh negeri bagi tempoh Januari hingga Mei lalu.

Pegawai Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporatnya, Nurul Farhana Abdul Hamid (foto) berkata, Paip juga menyasarkan lebih banyak aduan dapat diselesaikan dalam tempoh singkat dengan penggunaan jentera 'mini-excavator' yang baharu diperkenalkan bulan lalu.

Beliau berkata buat permulaan, semua 11 jentera itu yang dianggarkan bernilai RM1.2 juta telah diagihkan kepada kesemua pejabat Paip daerah di Pahang kecuali Cameron Highlands berikutan faktor geografi.

"Mini-excavator ini berfungsi seperti jengkaut yang diguna pakai sekarang, namun dapat digerakkan dengan lebih pantas menggunakan lori berbanding jengkaut yang pergerakannya perlahan.

"Lori yang mengangkut mini-excavator juga dilengkapi dengan peralatan pembaikan dan paip yang membantu menjimatkan kos serta masa melakukan kerja penyelenggaraan," katanya kepada pemberita selepas taklimat penggunaan jentera berkenaan, di sini hari ini.

Nurul Farhana berkata, Paip menyasarkan penggunaan 'mini-excavator' itu dapat mengurangkan penangguhan kerja sebanyak 80 peratus dan menjimatkan kos penyelenggaraan antara RM15,000 dan RM20,000 sebulan.  

 Katanya, Paip juga telah melatih kakitangannya mengendalikan jentera itu dan menasihatkan pengguna yang mahu membuat aduan berkaitan paip bocor atau pecah supaya menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan (Pulapel) di 09-5739999 atau e-mail aduan@paip.com.my. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top