pahangdaily pahangdaily Author
Title: Guna 'Jet Peribadi' Ke Istanbul, PM Wajar Jawab !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA KANGSAR:  Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab tiga soalan yang memp...

KUALA KANGSAR: Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab tiga soalan yang mempersoalkan tindakan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan jet peribadi yang disewa untuk ke Istanbul.


Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa, Rosmah yang merupakan Penaung Permata didakwa telah menghadiri majlis Anugerah Kebajikan Kanak-Kanak 3G di Istanbul pada 27 Mei lalu menggunakan jet mewah berkenaan.
Menurutnya, jet yang disewa ialah Airbus A-319 dengan nombor pendaftaran A6-CJE yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
"Oleh itu perdana menteri dan isteri harus jawab tiga soalan daripada saya iaitu yang pertamanya, kenapa Rosmah tidak gunakan penerbangan komersial untuk ke Istanbul kerana kosnya lebih murah berbanding menyewa sebuah jet peribadi hanya untuk membawa beliau sahaja.
"Soalan kedua ialah, siapa yang buat tempahan jet ini dan siapa yang bayar kos tempahan ini, manakala yang ketiga, kenapa Rosmah sebagai orang awam diberi pelepasan menggunakan Pangkalan Udara TUDM Subang.
"Pangkalan Udara Subang atau landasan di situ hanya untuk tentera bukan untuk orang awam. Dia sepatutnya gunakan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah," katanya ketika mengadakan sidang media di bilik gerakan Parti Amanah Negara (Amanah) di sini, Rabu.
Sidang media itu diadakan sebagai salah satu daripada tiga siri pendedahan yang didakwa akan dilaukan oleh Rafizi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.
Pendedahan selanjutnya mengenai kos penerbangan pesawat A-319 akan diadakan pada tengah hari Khamis.
Rafizi memberitahu, beliau turut meminta calon Barisan Naional (BN) supaya berani mengulas mengenai isu berkenaan kerana ia berkait rapat dengan hak dan wang rakyat.
"Bukan setakat Najib dan Rosmah tetapi calon BN di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar juga perlu menjawab mengenai keborosan ini tatkala rakyat tertekan dengan kos sara hidup.
"Kami daripada Pakatan Harapan turut meminta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menasihatkan perdana menteri dan isteri mengenai perkara berkenaan," tegasnya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top