pahangdaily pahangdaily Author
Title: Sisa Pepejal, Tindakan Kepada Pemilik Kediaman
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas pemilik kediaman...

KUANTAN: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas pemilik kediaman di daerah Kuantan yang masih gagal mengasingkan sisa pepejal walaupun langkah itu diperkenalkan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Perlis, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah dan Johor sejak September tahun lalu.

Pengarah SWCorp Pahang, Datuk Mohd Nor Afandi Abd Aziz berkata, tiga lokasi terlibat ialah Kubang Buaya, Alor Akar dan Seri Kuantan.

Menurutnya, untuk kediaman bertanah, denda sebanyak RM50 dikenakan bagi kesalahan pertama, RM100 bagi kesalahan kedua dan RM500 untuk kesalahan ketiga.

“Kediaman bertingkat pula kita kenakan denda RM100 bagi kesalahan pertama, RM200 bagi kesalahan kedua dan RM500 bagi kesalahan ketiga," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, untuk kesalahan kali keempat dan seterusnya, isi rumah bakal berdepan tindakan mahkamah dan jika disabit kesalahan denda maksimum RM1,000 boleh dikenakan.

“Mereka yang gagal juga boleh dikenakan denda kompaun maksimum sehingga RM1,000 mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.

“Jadi saya berharap penduduk di sekitar Kuantan amalkan pengasingan sisa di punca mengikut kaedah yang kita tetapkan supaya tidak dikenakan tindakan dan kita mengharapkan kesedaran berada di peringkat yang terbaik," katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top