pahangdaily pahangdaily Author
Title: SKMM Sedia Kenal Pasti Penjual Mercun Online !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR:  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bersiap sedia untuk mengenal pasti individu yang menjual mercun secara  d...

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bersiap sedia untuk mengenal pasti individu yang menjual mercun secara  dalam talian untuk dikenakan tindakan lanjut.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata SKMM akan bertindak sebaik sahaja mendapat maklumat dan arahan daripada pihak polis Polis (PDRM) berhubung aktiviti yang menyalahi undang-undang itu.

"Sehingga kini SKMM belum dapat arahan dari PDRM untuk menutup mana-mana laman web yang menjual mercun. Tetapi SKMM sentiasa akan bagi bantuan secara teknikal contohnya mengenal pasti siapa yang jual mercun, bunga api, iklan dalam laman web.

"Kita akan bertindak sebaik dapat maklumat. Penjualan bahan-bahan terlarang termasuk mercun adalah di bawah bidang kuasa polis. Pengguna patut berhati-hati.

Kalau terjumpa di talian, pengguna patut laporkan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Beliau diminta mengulas mengenai kewujudan laman web yang menjual mercun  tanpa sebarang sekatan.

Jelas Jailani, pengguna perlu berhati-hati mengenai sebarang penjualan secara dalam talian termasuk haiwan, ubat dan mercun kerana mungkin terdapat  mercun yang tidak berfungsi sehingga mudah meletup dan memudaratkan pembelinya.

Bernama sebelum ini melaporkan sekurang-kurangnya terdapat tujuh laman web  serta laman sosial seperti WhatsApp dan Instagram serta telefon pintar.

Laman sesawang berkenaan memuat naik gambar pelbagai jenis mercun antaranya mercun mancis, bola, naga, padi, das, thunder clap dan roket yang dijual antara RM3 sehingga RM260 sekotak bergantung pada saiz.

Tujuh laman terbabit menggunakan nama seperti Mercun Raya 2016, Mercun RAYA 2016 Baru, Bungapi  and  Mercun@skyblast, Mercun Online Store (mercun_online), mercun_bunga_api_lcm, Kedai Bunga Api Raya dan Mercun Raya.

Modus operandinya ialah dengan meminta orang ramai membuat pilihan jenis mercun yang dipaparkan dan kemudian menghubungi untuk membuat tempahan yang akan dihantar secara pos atau tangan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top