pahangdaily pahangdaily Author
Title: Stadium Beri Jaminan Atasi Masalah Lalu Lintas !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Kira-kira 40 peniaga di Stadium Darul Makmur di sini boleh menarik nafas lega selepas menerima jaminan  daripada Perbadanan S...

KUANTAN: Kira-kira 40 peniaga di Stadium Darul Makmur di sini boleh menarik nafas lega selepas menerima jaminan  daripada Perbadanan Stadium Darul Makmur (PSDM) dan wakil penganjur berikutan kehadiran peniaga-peniaga sempena Karnival Ramadan di hadapan premis mereka.

Kehadiran peniaga-peniaga dan pemasangan kanopi tersebut didakwa mengganggu lalu lintas dan laluan semakin sempit selain dihimpit masalah kebersihan yang berlarutan sejak tiga tahun lalu.

Timbalan Pengerusi PSDM, Datuk Zaili Besar memberitahu, pihaknya memberikan jaminan dan meminta pihak penganjur karnival untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh peniaga-peniaga di stadium tersebut.

"Sepatutnya isu ini boleh diselesaikan lebih awal jika semua pihak terbabit dapat duduk semeja berbincang. Kita sudah bertemu dengan wakil penjaja, peniaga dan juga pihak penganjur karnival berkenaan tadi dan semuanya boleh dikatakan berpuas hati dengan penjelasan diberikan.

"Berkaitan dengan beberapa isu lain yang turut berbangkit, kita minta pihak penganjur memberikan kerjasama bagi memastikan kebersihan kawasan ini dapat diuruskan dengan sistematik," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Zaili ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan wakil peniaga dan pihak pengurusan stadium selepas berlaku kekecohan awal pagi semalam berikutan tindakan kontraktor memasang kanopi terlalu hampir dengan premis perniagaan sehingga mengganggu lalu lintas dan kawasan tempat meletak kenderaan.

Sementara itu, Pengurus Stadium, Mohd Izzuddin Mohd Kenali turut memberikan jaminan pihaknya akan melakukan pemantauan sepanjang karnival itu bermula pada awal Ramadan ini.

Menurutnya, beliau juga berharap semua peniaga dapat mengikuti saranan diberikan supaya ia tidak memberikan imej kurang baik kepada mana-mana pihak.

Dalam pada itu, wakil peniaga di stadium itu, Rahimah Husin, 37, dia dan peniaga lain berharap jaminan yang diberikan itu dapat dilaksanakan dengan baik untuk memastikan masalah yang berlaku tidak berulang.#sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top